Skip to main content

Posts

Showing posts from June 28, 2018

Psikoterapi

Petang tadi lepas zuhur aku dan adikkku Haziq gerak ke Ampang, Kerana aku ada appointment dengan seseorang iaitu namanya Minhaj Suhaimi. Aku berjumpa dengannya kerana ingin melakukan sesi psikoterapi iaitu rawatan secara psikologi manusia. Merangkumi rawatan pada tingkah laku, emosi, kognitif dan fikiran kita juga spiritual kita. Aku tiba pada pukul 2.35 pm sebabkan katanya nak bertemu pukul 2.30 pm. Namun batang hidungnya tidak kelihatan sehingga pukul 3 barulah ketibaanya sampai. Janji melayu hahaha. Sokay, aku faham dia mesti ada hal lain.


Memang benar dia ada hal lain iaitu baru pulang dari lawatan Hospital di HUKM. Dia hampir-hampir terlupa pertemuan dengan ku. Setelah bertanya khabar dan ice breaking sebentar dengannya, dia bertanya bagaimanakah aku sewaktu kecil. Aku menjawab yang aku seorang pendiam dan pemalu. Itu yang aku ingat tentang diriku sewaktu bersekolah rendah. Semakin membesar aku cuba buang sikap itu namun aku masih kurang keyakinan diri dan low self esteem. Kata Mi…