Skip to main content

Posts

Showing posts from June 23, 2018

Cinta II

Hujan turun dengan renyainya di kawasan rumah aku pada saat ini. Membuat kan perasaan aku jadi sayu dan melankolik. Dengan hembusan angin yang menampar lembut di pipi. Buatkan hati rasa sejuk dan aku termenung jauh lantas berbisik Ya Allah aku rasa sunyi dan dan kosong. Hadirkanlah perasaan supaya aku tak rasa kosong dan dan sunyi lagi. Supaya emosi ku terisi.


Lantas aku sambung membaca buku Empayar Hikayat Putera Tanpa Nama. Pada muka surat 106, tertulis "Bagi aku perasaan cinta itu anugerah daripada Allah." Hati aku terusik tatkala baca petikan ayat ini. Cinta itu anugerah? Bermakna perasaan cinta aku kepadanya adalah anugerah dari Allah Tuhan yang Maha Kuasa. Ya, betul aku cintakan nya sangat-sangat dan aku ingin mempersuamikan dirinya. Tapi siapa lah aku. Aku ini tak layak. Malah aku pernah menyuarakan hasrat. Tapi tak berbalas. Lalu aku faham dan mengundurkan diri. Tapi hati ini masih kukuh mencintai. Sehingga kini.


Cinta adalah anugerah. Maka Ya Allah, hadirkanlah rasa…