Skip to main content

Posts

Showing posts from May 1, 2017

Hidup Baru . :)

Sekarang tengah azan isya' kat area Kuang Selangor. Jap ye, kita hormati azan jap.  Alhamdulillah dah habis azan. Boleh kita teruskan . one two three....
Assalamualaikum waramatullahi wabarakatuh semua. Apa khabar diri? Apa khabar iman? Harap semuanya baik-baik sahaja. Aku pun alhamdulillah sihat dan gembira dan bahagia. Hehe. Nampak tak aku happy sekarang. Sebab apa? Banyak sebab lah.
Antaranya , aku dah sembuh dari depression dan social fobia. Aku dah tak murung dan aku dah tak takut orang dan boleh bersosial macam orang normal kat luar sana. Aku pun tak faham kenapa aku boleh klasifikasikan diri aku dibawah golongan orang yang sakit macam ni. Sebab pada pandangan orang ( kawan-kawan aku) aku ini seorang yang ceria dan happy. Tapi itu lah, kita tak boleh judge seseorang itu dari luarannya. Sedangkan kita tak tahu apa yang dia sedang tanggung dalam diri dia. Kadang-kadang orang yang nampak happy selalu ini lah orang paling sedih. 
Okay cukup, cukup. Yang dah berlalu itu kita biar…