Skip to main content

Mini Showcase Fitri Haris

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Hari ni nak sambung post yang lepas. Pasal Mini Showcase Fitri. Actually aku tau last minit pasal showcase ini, ada ajak sorang kawan aku ini minta temankan sekali, last minit juga. Then, untuk dijadikan cerita, aku pun bertolaklah dari rumah pukul 11. Bajet 2 jam perjalanan. Sebab event tu start pukul 1.30 kat UKM. Sampai je kat Stesen UKM aku solat dulu. Then naik teksi terus straight ke UKM. Aku tak keseorangan sebab kebetulan kawan aku yang sama-sama belajar kat kolej KPAKK pun join gak. Terus nampak dia kat depan pintu nak daftar tu. Salam salam dan tanya khabar gaya macam dah lama kenal padahal masa belajar dulu tak pernah pulak borak ngan dia,Then aku terus  duduk sebelah dia dan kawan dia. Kawan yang kata nak teman aku tu, tetibe cancel last minit. Gerak hati aku dah agak dah dia tak jadi teman. Berhuhuhu je lah aku.





Sampai-sampai je terus daftar dan bayar rm8. Fitri kata dia tak ambil sesen pun duit rm8 tu, tapi dia salurkan duit tu semua kat kawan UNIC dia Bazli dimana anak dia ade kanser. So sweet la Fitri ini. Pastu sepanjang showcase tu Fitri banyak nyanyikan lagu solo dan lagu dengan kawan-kawan belajar dia satu UKM dulu dimana nama kumpulan diorang Fitri Clique.Banyak lagu-lagu dia yang aku tak pernah dengar. Kira fresh dari oven lah lagu-lagu dia nyanyi waktu tu. Paling aku terkejut bila dia nyanyi lagu Epilog Seorang Manusia. Aku pernah dengar lagu tu, tapi tak tau plak Fitri and the gang yang nyanyi. Best lagu tu. Banyak pengajaran yang boleh diambil. Dan video klip dia santai dan kelakar. Macam low baget pun ye gak sebab seyes video klip dia sempoi. Tak caya cuba tengok.



Lepas itu dia nyanyi lagu dia yang bertajuk Suara Azan yang selalu berkumandang waktu maghrib kat TV AlHijrah tu. Then dia mendendangkan lagu Garisan Takdir yang dia buat kat kat tempat belajar dia Nottingham ,United Kingdom. Pastu banyak lagi lagu dia nyanyi diselang seli dengan borak - borak sikit ngan audience. Macam biasa lah Fitri tak habis habis ngan trademark mini love yang dia buat ngan jari dia tu. Cute plak. Dah tua pun cute. Hahah. Awet muda. Muka pun maintain je dari dulu sampai sekarang.



Pastu sesi QnA pun berjalan dihujung waktu. Ada orang tanya, apa cabaran dia sewaktu belajar dan macam mana dia bangkit dari kejatuhan yang paling bawah sampai boleh sambung phD. Then jawapan dia sangat-sangat mengagumkan aku. Semua orang tahu kisah dia  dengan isteri-isteri dia , Isteri kedua dia iaitu peminat dia juga paksa dia kahwin kat Thailand dalam keadaan dia x sedarkan diri, pastu dia sampai ceraikan isteri pertama dia gara-gara isteri kedua dia laga-lagakan mereka berdua. Lepas dia dah sedar dia ceraikan pula isteri kedua dia sebab isteri kedua dia fitnah dan buruk-burukkan dia depan famili dia dan menjatuhkan imej dia sebagai artis smapai dia terkeluar UNIC.



Lepastu kahwin dengan isteri ketiga, pun jodoh tak panjang dan lalu berceai akhirnya. Lepas tu dia cakap saat dia tak punya apa-apa, saat diri dia diuji dengan berbagai kehilangan, hilang isteri, hilang keluarga, hilang kawan, hilang kerjaya, hilang duit dia sedar yang dia hanya ada satu benda yang takkan hilang dan  tinggalkan dia iaitu ILMU. Dia tahu bahawa Allah uji dia sampai dia hargai betapa pentingnya ilmu tu sendiri. Dia kahwin dengan isteri pertama pada umur yang sangat muda, 19 tahun dengan orang Singapore dan dikurniakan anak perempuan yang comel bernama Sofea. Lepas dapat anak dia decide untuk berhenti belajar dan jaga ank dia sebab dia nak bagi peluang kat isteri dia habiskan belajar dulu. Pengorbanan seorang suami. Part ni aku touching.



Lepas anak dia dah menginjak besar sikit dalam umur 5 tahun akhirnya dia sambung degree pada usia 25 tahun. Bermula dri situ dia belajar tak henti-henti. Usia 25, 26, 27, 28 dia buat degree di UKM. Terus sambung Master di New Zaealand pada usia 29 dan 30. Sekrang buat phD di Nottingham , United Kindom dan dia dah berusia 33 sekarang. Dia sangat cintakan ilmu dan dia ambil course Industri Kreatif apa tah nama kos dia unik sikit. Berkaitan muzik islam dan nasyid. Nanti dia nak buat buku tentang perbezaan muzik-muzik islam dan nasyid itu sendiri. Yang mana tak ada siapa kat Malaysia ni yang buat buku tentang itu. Satu impian yang besar dan  menarik. So that adelah pendedahan tentang muzik islam kat Malaysia ni.



Sambung dia lagi, memanglah dia tak perlu sambung belajar sebab dia dah ada UNIC waktu itu, Hidup senang dan banyak peminat, tapi takkan sampai ketua dia nyanyi. Ada lagi ke orang nak dengar nyanyian dia. That's why dia cakap dengan ilmu, hidup akan jadi lebih terjamin dan stabil. Dia minat mendidik dan berkongsi ilmu, sebab tu dia nak jadi pensyarah lepas habis phD.. Semangat dia dalam belajar dan menuntut ilmu tu memang sangat-sangat memberi inspirasi kat aku dan buat aku nak belajar sungguh sampai sambung phD. ameen. Diakan aku ye.Lepas itu, ada orang tanya lagi. Lepas dah habis PhD and pulang ke Malaysia for good, nak tak join Gema Gegar Vaganza? Nak tau dia jawab apa? Dia cakap YA SAYA AKAN JOIN. Dengan yakinnya. Dan semua orang suka tepuk tangan. Dia cakap dia takkan menolak apa-apa jemputan sebab tu semua rezeki dan akan cuba bagi yang terbaik.



Last but not least, dia nyanyi dua lagu famous dari UNIC iaitu Insan bernama kekasih dan Hanya Tuhan Yang Tahu. Masa dia nyayi lagu tu, kat belakang tempat duduk audience ade banner tulis ape tah yang dipegang oleh belasan orang. Means satu huruf, satu orang pegang.  Aku tak dapat tengok sebab aku duduk depan jadi tak nampak. Fitri pun turun pentas pergi kat banner tu sampai menitik air mata dia. Dia nangis woi. Sebab dia terharu gila dengan sokongan peminat2 dia. Sambil nyanyi dia buat insta live. Waktu tu syahdu gak lah. Lepas tu, ade sesi bagi hadia kat Fitri. Aku tak pulak bawa hadiah untuk dia. Aku hadiahkan doa lah untuk dia. Doa supaya dia jadi suami aku. Opss. Takdelah gurau je.


Lepas dia habis nyanyikan lagu dan cakap terima kasih apa semua, dia pun turun pentas dan bergegas untuk salin pakaina sebab dia nak berangkat ke KLIA. Flight dia ke UK pukul 8 malam tu juga. Tapi dia sanggup lagi layan peminat-peminat dia tangkap gambar. Aku pun sempat selfie ngan dia. Mission completed! Lepas tu aku perati je dia layan bergambar, senyum tak pernah lekang dek pipi. Senyum, mesra dan friendly sangat. Langsung tak menolak orang nak bergambar. Sangat proffesional even dia dah lambat waktu tu. Aku stay sampai la dia dah drive gi KLIA. Ingat nak teman dia gi sekali hantar ke airport tapi takpelah. Nanti aku nagis plak. Over. Hahah.


Okay sekian sahaja dari aku tentang Fitri Haris. Dimana dia dah berubah dari seorang artis UNIC yang aku minat sejak aku kecil kepada seorang insan yang memberi inspirasi buat aku untuk terus sambung belajar ke peringkat ijazah. Doakan dia habiskan phD dan doakan pembelajaran aku juga.


That's all from me. Salamualaik.











Comments

Popular posts from this blog

Baju kurung dan kasut sukan .

Termenung jap. Tengah fikir nak post apa. Otak blurrr sebab banyak sangat benda benda kecik yang macam bebola ikan kat tengah berlegar-legar dalam fikiran aku. *apakah ?? I mean assignment, quizess, presentation semua tu dah berkurang. So, macam tulaa. Okay, abaikan . aku merepek je. ( hakikatnya = Assignment takkan berkurang )




Saje letak gambar ni. Rinduu mak ! :')





Pendahuluan aku sangat laaa sadis. Apesal nih ? Apesal aku macam kelu lidah nak berkata-kata. Aku kan Kamus Pustaka Dewan dan Bahasa. Mana hilang vocab melayu aku? Huarggghh!! Ni semua assigment political sciences punya pasal! 5 hari aku hadaapp komputer pastu tibai segala benda pasal politik dalam English . Dalam english plak tu! Kau tau english aku sangatlah menonggeng. Apa kau rasa bila kau ada banyak benda nak cakap , tapi tak terluah sebab kau tak tau istilah khas untuk perkataan itu dalam english.Aku rasa macam ni ..... Bleeerghhhhhh ! Penat ! Sekejap sekejap gi google translate. Pastuh plak si Pak Google…

Heliza Tiru Style Aku. Tak boleh blaaa.

Ok, korang kena tipu. HAHA. Aku yang berangan-angan nak tiru style dia adalah. Hehee.




Wow, sungguh ! Dia memang canteeek. tapi part mekap tebal aku tak berkenan.



Aku suka heliza sangat-sangat! Sebab dia macam aku. Ke aku macam dia ? HAHA. Ntah laa, tapi yang pasti aku suka semua pakaian dia. Up-to-date dan bergaya tapi pada masa yang sama still menutup aurat. Artis Paling Sopan Berpakaian jatuh kepada Heliza Helmi. Tahniah !



Rajengnya study


Lagi satu en, dia ni bukannya sopan sangat sesopan pakaian dia, perangai dia pun gila-gila tau. Sengal semacam je. Aku selalu follow blog dia dan page kat fesbuk. Memang senget sikit kepala dia tapi dia suka publish status yang islamik, selalu ajak kita solat , saling mengingatkan antara satu sama lain. Sukalah dia. hehee.




Family dia. Happy je.



Stylenya baju dia. ;D




Comey. Hee.




Sengal uh dia. Time ni dia kat universiti. Dalam kuliah.




Kan aku dah cakap dia sengal. HAHA !




Aku suka ini. Sebab dia berjubah. :)




Ada video dia nyanyi lagu Chord G ni. Best ! Try…

Tak ada tajuk . Tapi ada makna :)

Testing testing ! Akhirnya aku update gak blog neh. Tah kenapa aku rasa sejak 3 post yang the latest aku rasa macam tatau nak post apa . Pakat tulis je secara random. Cam tak ada point sangat laa nak sampaikan. Hehehe. Maybe sebab dah sambung belajar. Kekangan masa sikit.





The girlss Sagarianz . Hari tu kitorang pergi pameran Crafty kat JayaOne, Petaling Jaya. :)


Tempat ni cantik gak uh. Hehee.



Sebenarnya nak bagitauu ni , yang aku dah berjaya pakai tudung labuh balik ! Yeaaay !! Alhamdulillah. Rasa seronok yang tak terhingga sebab rinduu sangat penampilan doludolu. Nak nangis rasa sebab masih ada keinsafan dalam diri. *Asal kau , syahida ?? Perlulaa sampai nak nangis ? Mestilaah , ingat senang ke nak bermujahadah ni ? Takpe , Innallah ma'ana. ^_^ Sesungguhnya Allah bersama kita .




Sejak kebelakangan ni aku selalu layan lagu Istikharah Cinta by Sigma . Lagu yang terpasang kat blog aku inilaa. ^_^ Ni lirik dia :


Istikharah Cinta

Album : Istikharah Cinta
Munsyid : Sigma

Bersaksi cinta diat…