Skip to main content

Hidup Baru . :)

Sekarang tengah azan isya' kat area Kuang Selangor. Jap ye, kita hormati azan jap. 
Alhamdulillah dah habis azan. Boleh kita teruskan . one two three....

Assalamualaikum waramatullahi wabarakatuh semua. Apa khabar diri? Apa khabar iman? Harap semuanya baik-baik sahaja. Aku pun alhamdulillah sihat dan gembira dan bahagia. Hehe. Nampak tak aku happy sekarang. Sebab apa? Banyak sebab lah.

Antaranya , aku dah sembuh dari depression dan social fobia. Aku dah tak murung dan aku dah tak takut orang dan boleh bersosial macam orang normal kat luar sana. Aku pun tak faham kenapa aku boleh klasifikasikan diri aku dibawah golongan orang yang sakit macam ni. Sebab pada pandangan orang ( kawan-kawan aku) aku ini seorang yang ceria dan happy. Tapi itu lah, kita tak boleh judge seseorang itu dari luarannya. Sedangkan kita tak tahu apa yang dia sedang tanggung dalam diri dia. Kadang-kadang orang yang nampak happy selalu ini lah orang paling sedih. 

Okay cukup, cukup. Yang dah berlalu itu kita biarkan berlalu. Moh kita move on. Haaa aku nak cerita pasal Konsert REUNIC dan Mini Showcase Fitri Haris lah. hehehe. Ya Allah, serius aku seronok gila dapat pergi konsert REUNIC itu. Konsert REUNIC itu berlangsung pada 23 April 2017. Hari Ahad lepas. Aku pergi dengan seorang kawan aku Maiza nama dia. Nasib lah dia pun minat nasyid sama. Haaa dah berapa orang aku mesej wassap ajak teman gi konsert tu tapi semua macam ade hal. Nasib baik Maiza jadi teman aku sebab aku bayarkan dulu tiket untuk dia.

Macam mana nak start cerita eh pengalaman pergi konsert REUNIC ni. Rasa macam mimpilah senang cerita! Rasa macam mimpi jadi kenyataan dapat jumpa ahli kumpulan nasyid yang aku memang minat dari umur 10 tahun. sekarang aku dah 25 tahun . haaa means dah 15 tahun kumpulan ni wujud kat Malaysia. Tapi lagu-lagu diorang tetap evergreen even lagu lama. Seyes tak jemu dengar lagu diorang. Hari-hari layan lagu diorang. Terutamanya lagu Insan bernama Kekasih, Demi Cinta Suci, Sebuah Pertemuan, Sahabat Sejati, Hakikat Kebahagiaan, Erti Syukur dan Mencari Yang Maha Satu.

Ada enam orang yang nyanyi malam itu. Fitri Haris, Hafiz Hamidon, Bazli, Fadzli, Fakhrul, Najdi. Yang bestnya dapat dengar suara Fitri tarik suara part chorus yang tinggi-tinggi tu. Legend weh suara dia. Dari dulu smpai sekarang sama je. Memang sedap suara dia. Suara Bazli pun sedap. Senang cerita semua ahli UNIC memang sedap-sedaplah. Ahli lama ke baru semua best. Part harmoni diorang itu memang smooth and sedap halwa telingar mendengar. Flawless je. Ha boleh jadi pengkritik lagu tak aku. Hahaha

Apa yang buatkan aku suka sangat dengan diorang ni, diorang punya ukhuwah itu. Dari dulu sampai sekarang still berhubung. even ada yang dah keluar UNIC macam hafiz Hamidon dan Fitri Haris dan ahli-ahli lain . Tapi bila kat konsert tu tak rasa macam diorang dah keluar UNIC. Rasa diorang punya ukhuwah tu ohsem. Boleh main-main bahan-bahan orang, kutuk-kutuk, manja-manja, gelak tawa atas pentas itu. Celoteh diorang yang lawak dan macam-macam tu menghiburkan. Buat satu dewan USIM itu bergema dengan gelak ketawa sebab diorang tak habis-habis melawak atas pentas. Part yang Fitri cakap " Eh kau budak baru, diam. " kat Imam Muda Najdi. Hahah sian dia. Nakal Fitri ni.

Lepas satu satu diorang nyanyi lagu-lagu diorang. Aku pun tak menang tangan nak rekod dan rakam semua tu, nasib baik handphone bateri penuh dan banyak space lagi. Sambil-sambil tu mulut pun ikut nyanyi. Aku hafal weh lagu-lagu diorang. memang legend. Kalau tak hafal tu tak tau lah. Even aku sedar suara aku sumbang, aku nyanyi jugak. kisah plak aku. Hahaha. Aku ternanti-nanti part Fitri menjerit je. Kalau dah minat dia sorang je, tak boleh nak halang dah. Hahaha

Lepas itu ada juga artis lain hadir ke konsert itu, macam Hijjaz ( aku baru tahu yang Hijjaz ini guru didik diorang. Hijaaz lah yang lahirkan UNIC, In-Team dan Mestica. ) , Oki Setianadewi, Heliza Helmi dan banyak lagi. Lepas itu ada cabutan bertuah. Tapi aku tak dapat sebab aku tak bertuah. Hadoi. Lagipun dua orang je yang dapat. Memang keciklah kebarangkalian untuk aku dapat. Hadiah dia dapat tiket flight ke Langkawi dan Pulau Pinang. Yang kelakarnya, orang yang dapat tiket flight ke Penang tu, memang orang penang. Hahah. 

Malam itu memang malam bersejarah bagi aku dan aku akan ingat sampai bila-bila. Berbaloi sangat tiket rm50 tu sebab diorang memang perform yang terbaik dan aku sangat berpuas hati. They did their best and tak mengecewakan langsung. Terima kasih UNIC sebab mengembalikan balik memori zaman sekolah dulu dan menghiburkan kitorang peminat-peminat ni dengan lagu-;lagu UNIC. Terima Kasih sangat. Then trending hastag #REUNIC malam itu kat twitter. Start malam itu aku follow semua ahli UNIC pastu stalk gambar-gambar diorang. Terutamanya Fitri. Hahah. Aku ada selfie dengan Fitri. Nak bubuh kat sini tapi tak boleh nak transfer gambar tu dari handphone aku ke komputer. 

Okay nak cerita pasal Mini Showcase Fitri tu esoklah pulak . Kot-kot esok dah boleh share gambar dia ke en. That's all. Sekian celoteh aku pasal Konsert REUNIC. Semoga terhibur. Salam semua. Have a nice day!




Comments

Popular posts from this blog

Baju kurung dan kasut sukan .

Termenung jap. Tengah fikir nak post apa. Otak blurrr sebab banyak sangat benda benda kecik yang macam bebola ikan kat tengah berlegar-legar dalam fikiran aku. *apakah ?? I mean assignment, quizess, presentation semua tu dah berkurang. So, macam tulaa. Okay, abaikan . aku merepek je. ( hakikatnya = Assignment takkan berkurang )




Saje letak gambar ni. Rinduu mak ! :')





Pendahuluan aku sangat laaa sadis. Apesal nih ? Apesal aku macam kelu lidah nak berkata-kata. Aku kan Kamus Pustaka Dewan dan Bahasa. Mana hilang vocab melayu aku? Huarggghh!! Ni semua assigment political sciences punya pasal! 5 hari aku hadaapp komputer pastu tibai segala benda pasal politik dalam English . Dalam english plak tu! Kau tau english aku sangatlah menonggeng. Apa kau rasa bila kau ada banyak benda nak cakap , tapi tak terluah sebab kau tak tau istilah khas untuk perkataan itu dalam english.Aku rasa macam ni ..... Bleeerghhhhhh ! Penat ! Sekejap sekejap gi google translate. Pastuh plak si Pak Google…

Heliza Tiru Style Aku. Tak boleh blaaa.

Ok, korang kena tipu. HAHA. Aku yang berangan-angan nak tiru style dia adalah. Hehee.




Wow, sungguh ! Dia memang canteeek. tapi part mekap tebal aku tak berkenan.



Aku suka heliza sangat-sangat! Sebab dia macam aku. Ke aku macam dia ? HAHA. Ntah laa, tapi yang pasti aku suka semua pakaian dia. Up-to-date dan bergaya tapi pada masa yang sama still menutup aurat. Artis Paling Sopan Berpakaian jatuh kepada Heliza Helmi. Tahniah !



Rajengnya study


Lagi satu en, dia ni bukannya sopan sangat sesopan pakaian dia, perangai dia pun gila-gila tau. Sengal semacam je. Aku selalu follow blog dia dan page kat fesbuk. Memang senget sikit kepala dia tapi dia suka publish status yang islamik, selalu ajak kita solat , saling mengingatkan antara satu sama lain. Sukalah dia. hehee.




Family dia. Happy je.



Stylenya baju dia. ;D




Comey. Hee.




Sengal uh dia. Time ni dia kat universiti. Dalam kuliah.




Kan aku dah cakap dia sengal. HAHA !




Aku suka ini. Sebab dia berjubah. :)




Ada video dia nyanyi lagu Chord G ni. Best ! Try…

Tak ada tajuk . Tapi ada makna :)

Testing testing ! Akhirnya aku update gak blog neh. Tah kenapa aku rasa sejak 3 post yang the latest aku rasa macam tatau nak post apa . Pakat tulis je secara random. Cam tak ada point sangat laa nak sampaikan. Hehehe. Maybe sebab dah sambung belajar. Kekangan masa sikit.





The girlss Sagarianz . Hari tu kitorang pergi pameran Crafty kat JayaOne, Petaling Jaya. :)


Tempat ni cantik gak uh. Hehee.



Sebenarnya nak bagitauu ni , yang aku dah berjaya pakai tudung labuh balik ! Yeaaay !! Alhamdulillah. Rasa seronok yang tak terhingga sebab rinduu sangat penampilan doludolu. Nak nangis rasa sebab masih ada keinsafan dalam diri. *Asal kau , syahida ?? Perlulaa sampai nak nangis ? Mestilaah , ingat senang ke nak bermujahadah ni ? Takpe , Innallah ma'ana. ^_^ Sesungguhnya Allah bersama kita .




Sejak kebelakangan ni aku selalu layan lagu Istikharah Cinta by Sigma . Lagu yang terpasang kat blog aku inilaa. ^_^ Ni lirik dia :


Istikharah Cinta

Album : Istikharah Cinta
Munsyid : Sigma

Bersaksi cinta diat…