November 8, 2015

Depression is a waste of time.

Bismillahirrahmannirahim 

Alhamdulillah segala puji bagi Allah. Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Dah lama aku tak menulis kat blog ini. Salah satu sebab adalah kat rumah takde wifi. Kitorang baru je pindah rumah awal tahun haritu. So dah 11 bulan hidup tanpa internet laju. Sekadar mengharapkan data handphone je. Tak syiok la nak berblogging. 

Sebenarnyakan aku nak buat satu pengakuan. Masa aku buka blog ini aku macam tak percaya yang semua tulisan dalam blog ini aku yang tulis. Dia seolah2 aku ada banyak side dalam diri aku. Aku tak ingat langsung apa yang aku tulis. Serius. 

Perkara pertama yang terdetik kat dalam hati aku adalah biar betul seorang Syahida yang tulis semua ini. Maybe sebab aku tak sihat kot skrang sebab tu lah. Aku banyak lost memory. Kena banyak buat aktiviti ni supaya tak lost lagi. Ada seorang kawan ni kata maybe its your other personality yang tulis. Seram shitttt aku dengar. Haha. No laa, aku bukan ade multiple personality disorder. 

Tapi cuma personaliti aku berubah2 depend pada situasi. Macam kat rumah ngan family lain, ngan kawan-kawan lain. Sekarang ini aku nak menulis sebab aku nak meluah. Kat rumah aku tak banyak cakap sangat, tapi ade certain masa tu aku bercakap je non-stop. Pastu bila jumpa psikatri, dia seolah2 nak diagnosis aku ada bipolar disorder. Aku pun tak sure aku ni sakit apa. 

Cuma secara jujurnya , dr pernah diagnosis aku ada Major Depressive Disorder masa tahun bila entah. 2012 kot? . Lama dah kan. Tapi depress ni on dan off. Kejap okay kejap tak. Tu semua sebab aku banyak depend pada manusia. Dalaman aku serabut, dan aku banyak fikir.  Olrite tu je lah kot aku nak bagitau. Sebab aku perlukan mood yang baik untuk menulis. Seatakat ini tu je yang aku nak share. 

okay, doakan urusan buku aku dipermudahkan dan dapat bantu orang depress macam aku. aku nak bantu orang lain supaya jangan terlalu lama duduk dalam depression. Sebab kita semua tak layak depress. Hidup ini luas sangat. Jangan sempitkan diri dengan permainan syaitan tu. Ingatlah Allah. Allah takkan bebankan setiap manusia dengan bebanan yang tak mampu ditanggung. 

Perkataan sedih tak pernah wujud dalam al-Quran melainkan dari segi menghalang kesedihan tu. Wa la Tahzanu . Penyebab dia adalah kerana takde sebarang benefit pun kalau hati kita bersedih. Ibnu Qayyim berkata " Kesedihan melemahkan hati dan merapuhkan keazaman dan keinginan untuk melangkah ke hadapan. dan tak ada apa yang lebih menggembirakan Syaitan selain dari kesedihan umat islam. "

Dengan sebab itu, bergembiralah, be happy, optimistik dan bersangka baiklah dengan Allah. Dan bergantung harap lah kepada Allah. Kau akan jumpa kegembiraan dan ketenangan dalam semua situasi. Bila fikira pasal situasi, kau akan dapati bahawa Allah dah beri kau semuanya tanpa mengharap balasan, jadi percayalah Allah yang Dia takkan halang apa-apa yang kau mahukan melainkan semua yang baik2 sahaja.

Maka jadilah pemilik hati yang bernafas atas dasar gembira dan kepuasan hidup. Semoga Allah menggembirakan kita semua dan semoga Allah mengampunkan dosa2 kita. Ameeen.

No comments: