November 8, 2014

Just my Two Cent

Assalamualaikum w.b.t

Apa khabar semua ? Walaupun aku tau tak ada siapa yang baca dah blog ni , takpelah biar jadi diari aku. Journal aku sehari-harian yang aku boleh baca balik di kemudian hari . Yang aku boleh imbas balik perubahan aku sikit demi sikit. Tapi, tujuan utamanya adalah , aku rindu nak menulis . Tu je .

Dan aku sebenarnya ( banyak pulak sebenarnya ) risau dengan skill penulisan yang makin lama makin tumpul ini sebab lama sangat dah tak menulis. Asyik bercakap je . So bila bercakap tu kira satu proses perluahan di mana bila aku dah boleh meluah dengan bercakap ,maka proses meluah melalui penulisan diabaikan. ( tapi sebenarnya , aku takdelah banyak bercakap pun )

Aku nak kembali macam dulu. Menulis. Menulis. Dan menulis. Alaa, kau tau menulis ni kebiasaanya budak-budak nerd yang tak ada kekuatan bersuara lalu diluahkan di dada internet dengan harapan ada yang membaca, ada yang memahami. Sebab dia sunyi . Eh , tak juga.




Ehh, ya rabb. Apa yang aku merepek ni. Ermmm, , sebenarnya benda lain yang aku nak sampaikan . Tapi jadi melalut sebab aku takut nak membuka pekung didada. Takut orang judge . Takut orang tak boleh terima dengan apa yang tulis. Kadang tu bila bercakap dengan calssmates pun , perasaan was-was dan takut tu masih ada. Entah apa yang aku takut pun tak tau . Dia tersepit di antara nak menunjukkan diri sendiri yg tulen atau menganalisis seseorang sehabisnya agar aku boleh mencari persaamaaan dengan mereka lalu terjadilah 'click' . Faham ?

Tapi sampai bila? Manusia itu berbeza . Unik. Tak semua sama. Hargai persamaan dan raikan perbezaan. Haish, syahida dan intuitive tak dapat dipisahkan . Selalu fikirkan orang lain dulu, selalu mendahulukan pendapat orang lain berbanding diri sendiri, selalu mengabaikan keperluan diri demi org lain. Be assertive , syahida ! Be bold , firm !  ( tak faham kan ? takpe . )




Tapi macam mana ? Dari kecil aku macam ni , follow the flow lah orang kata. Bukan aku ni lalang , ikut je apa orang kata cuma aku  susah nak say 'No' pada orang . Bila classmate ajak bisnes , aku on terus keluarkan modal padahal aku bukanlah seorang bisnes-minded. Cuma ada jugaklah terfikir masa depan dan macam mana dengan yuran pengajian kolej, dan sampai bila nak harapkan duit mak ayah. Dan dalam perancanganku untuk  kahwin jugak. So, fulus ? Bila kawan ni ajak join Herbalife sebab dia risau kaan kesihatan aku, aku hargai lalu terbanglah duit jadi member . Bila jumpa strangers yang aku tak kenal langsung dekat UIA promote telco baru dengan digebang-gebangkan kelebihan topup tu, aku mudah sangat terpengaruh lalu terbeli lah satu simkad yang mana bila dah beli menyesal pula sebab baru sedar tu mahal . Aduhh .


Allahu , rasa nak ketuk kepala sendiri sebab mudah sangat terpengaruh dengan orang . Macam mana ni ? Sape boleh ajar macam mana nak tolak pelawaan orang dengan baik tanpa merosakkan hubungan . Tapi sebenarnya tahu kenapa semua ni terjadi ? Sebab aku takut hilang kawan. I have too many fears yang sebenarnya akan makan diri sendiri balik .



Lepas tu serabut sorang-sorang sebab banyak benda pulak kena buat, cari downline sebab nak dapat balik modal. Sokayy, ada hikmahnya semua ini. Boleh bina keyakinan dengan bercakap depan orang ramai untuk kembangkan bisnes. Sumpah wehh, masa tengah duk buat FB dan Insta baru khas untuk bisnes aku rasa nak give up dan nangis sebab macam pathetic nya nak cari orang ramai2, untuk promote bisnes ni. Like i am not this kind of person . I am not into people and service people. But who knows, one day aku boleh jadi lebih baik dari segi attitude dan kematangan . Aku tak cukup matang lagi ni. Huhu. Nak uruskan kewangan pun tak berapa bijak . Boros .


Okayy, dah kenapa aku negative sangat ni? Banyak pula kerisauan aku yg bukan2 . Padahal  tak ada apa pun yang rugi. Kalau ada rezeki ada lah. Kalau tak de sokayy bersabar dan kena rajin. Redha dan terima. Jangan putus asa. Haa, sebenarnya benda2 lah ni yang aku fikir dari hari tu . Tah apa2 lah kan . Cepat sangat menggelabah minah ni. Hahaha. Dah 22 pun macam ni lagi.




Fuhh , aku lega sikit dah meluah . Ha kan aku cakap menulis ini satu proses pe-me-luah-an . This is the best place untuk membebel sume sampai puas sebab sini je yang boleh terima sume paranoid,negative thinking ini . Dan tak sumea manusia nak dengar kan .



Oh ye , sebelum aku lupa. Lagi benda yang dok fikir adalah tentang pinjaman dan biasiswa pelajaran untuk bayar yuran pengajian kolej aku. Aku dah mohon PTPTN tapi atas desakan kawan untuk cancel, aku pertimbangkan balik ( see, terpengaruh lagi haha i cant do anything about my nature ) . Its just that ada betul jugak apa yg kawan cakap . Duk terfikir masa depan nak bayar balik hutang yang dicaj tinggi . Mampu ? Maka, kita cari pinjaman lain . Banyak je pinjaman pendidikan kat Malaysia ni. Antaranya

Pinjaman Pelajaran Kerajaan Negeri Selangor
Bank Rakyat  (bulan 5)
MARA ( bulan 1 )
Zakat
Yayasan Selangor

Lagi ada sesiapa tahu mana - mana pinjaman . Help me to avoid PTPTN pleaseeeee .














1 comment:

nur syahirah said...

Assalamualaikum,dh keluarkn buku pasal depression? Saya nk berminat nk baca..sbb saya alami mcm awak alami..harap dapat bg semangat dan bt saya berfikir