Skip to main content

27 Ramadhan 1435

Assalamualaikum wbt .

Apa khabar iman hari ni ? Apa kah makin meningkat , mendatar atau menurun ? Tepuk dada tanya iman. Boleh jadi kamu bertambah baik ketika Ramadhan, boleh jadi kamu kurang baik ketika Ramdhan. Semuanya hanya satu, nafsu. Andai kamu lebih baik ketika Ramadhan , jika kamu ikhlas maka insyaAllah kamu akan istiqamah. Namun, andai kamu kurang baik ketika Ramadhan , moga dibuka pintu rahmat dan keampunan agar kamu ingat, bahawa mungkin ini Ramadhan yang terakhir ?


Secara jujurnya aku nak katakan yang Ramadhan kali ini merupakan Ramadhan yang sangat bermakna buat aku. First time aku rasa macam aku sayang nak lepaskan Ramadhan pergi. Rasa takde feel nak raya. Bile dengar lagu raya berkumandang kat radio, rasa bersalah nak enjoy nak2 kita masih lagi dalam bulan puasa. Serius cakap. Tapi sedar tak , sebenarnya bukan kita yang meninggalkan Ramadhan, Ramadhan yang berlalu pergi bawa diri tinggalkan kita. Rugilah kita kalau tak grab peluang beribadah yang ada. Sebab apa ? Sebab Ramadhan hanya setahun sekali  plus pahala dilipatkali gandakan pada bulan yang mulia ini. Lagipun paling best sekali malam lailatul qadr pun ada tau dalam bulan Ramadhan iaitu malam yang lebih baik dari seribu bulan . Siap main nyorok2 lagi nak suruh kita cari dia di sepanjang 10 malam terakhir. So sweet. :)


Ada kawan mengatakan malam tadi sebenarnya malam Laylatul Qadr . Langit cerah kaler oren, burung berkicau, kucing keluar ke arah tingkap seakan-akan ternampak sesuatu. Wallaha'alam. Ada ustaz kat masjid kata 27 Ramadhan ni malam istimewa sebab .....




Faham tak ? Meh aku translatekan untuk korang k. 

Bila sebenarnya malam Lailatul Qadr ni ?  

 Pada 27 Ramadhan  dan jatuh pada malam jumaat  dan  pada malam tarikh ganjil dan kebetulan ini merupakan hari jumaat terakhir dalam bulan Ramadhan. Dan kebarangkalian ianya malam Lailatul Qadr adalah besar.  Gabungan seperti ini tidak pernah berlaku lagi sepanjang lebih35 tahun yang lepas. 

So, rebutlah peluang dan kelebihan yang ada di malam yang penuh berkuasa dan barakah ini untuk beramal lebih sikit dari hari2 lain. Mana tau , mungkin betul malam tu malam Lailatul Qadr ? 



Betul tak ? Tak rugi pun kalau kita berterusan beribadah. Even dah masuk raya nanti, habis Ramadhan pun tak salah kita istiqamah beribadah power2 macam sekarang sebab itu tandanya kita bukan hamba abdi Ramadhan tapi hamba Allah. Allah tu bila2 masa Dia ada. Dah habis Ramadhan pun , Dia masih ada. Dia tak pernah tidur, tak pernah silap dalam menilai hambaNya. Jadi kita kena switch sikit niat kita beribadah tu kerana apa ? Kerana lillahitaa'la. Maybe yelah , bila masuk Ramadhan ni, suasana tu lebih sikit, deep je sebab banyak ganjaran yang Allah janjikan pada bulan ini. Jadinya masing-masing ibadah perghh perghh . Sokay, teruskan. Jangan makin berkurang sudahlah. Moga Ramadhan ini adalah batu loncatan dan jadi pengajaran untuk kita semua jadi lebih baik. InsyaAllah. Ameen.  :)


Aku nak share sikit lah pengalaman Ramadhan aku tahun ni. Actually, 2 minggu sebelum Ramadhan lagi aku dah tak sabar nak tunggu ketibaan Ramadhan. Dalam hati aku aku berazam aku nak buat yang terbaik untuk Ramdhan kali ini. So, aku bermula dengan al-quran. Aku tengok al-Quran aku , oh ada baki lagi beberapa juzuk untuk dikhatamkan. Aku cepat2 speed up khatam sebelum masuk bulan puasa sebab aku nak restart fresh2 dari juz pertama bila dah masuk 1 Ramadhan nanti. So aku banyak gi masjid pada waktu tu. Luangkan masa untuk baca quran, solat berjemaah maghrib isyak. Pastu dengar ceramah agama selingan.  Alhamdulillah aku rasa luar biasa bila aku luangkan masa kat masjid macam tu. Jangan cakap aku riak tauu. Aku just nak kongsi pengalaman yang sebenarnya bila kita rasa lonely, sakit , sedih Allah dah cukup bagi kita. Tak perlu orang lain. 


Jujur aku cakap aku ada masalah personal. Aku sakit dalaman yang mana berkait dengan emosi dan mental. Kat rumah aku selalu rasa keseorangan sebab adik-adik aku semua lelaki. Dan satu yang pelik pasal aku, aku tak pernah selesa dengan lelaki even dengan adik beradik dan ayah sendiri. Ya aku ada emak tapi aku tak pernah ada heart-to-heart session talk dengan emak .Tak pernah rasa bebas nak cerita something personal memandangkan emak aku jarang tunjukkan minat terhadap kehidupan anak-anak dia. Sebab dia lagi berminat dengan life orang lain. Smh. Kami tak banyak bergurau dan tak banyak berkongsi rasa , kebanyakkan asyik cerita pasal orang, orang,orang. Lama-lama aku rasa diri aku tak penting, cerita aku tak penting, apa yang aku fikir tak penting. I am not good enough. Sunyi, sunyi, sedih sedih, marah dendam yang tak berkesudahan dekat adik2 dan mak. ( ayah kat sini dikecualikan sebab my ayah is a good listener )
Pernah aku rasa alone dan kepala aku nak meletup sampai tahap aku baling pinggan pecah berderai hancur depan pintu bilik. nak tunjukkan yang betapa aku nak memberontak sangat masa tu. Dan mak sangat terkejut dengan sikap aku. Aku kena marah gila-gila. Aku redha.



Bodoh. Tu je aku boleh cakap pasal tindakan tak matang aku masa tu. Masa tu juga aku sedar aku dah tak boleh dah nak berharap pada manusia lagi termasuk mak ayah aku. Adik2. Kawan2..Cukup. Enough is enough.  Aku tak boleh expect diorang untuk layan aku seperti mana yang aku harapkan. Aku expect tinggi sangat. Sebab tu mat salleh kata, expectation lead to depression. Mereka manusia. Manusia biasa. Tak semua boleh faham kita. Kadang-kadang sampai bila asyik kita je nak orang faham kita. Bertoleransilah. Lagipun , manusia tak sempurna. Kalau dah nama pun manusia , masing-masing ada kekurangan dan kelebihan. Terimalah seadanya. Kelebihan mereka menampung lopong kelemahan kita.


Lantas, masa itu juga hati aku terdetik aku nak cari Allah.  Aku dah tak larat dengan kekecewaan yang bertimpa-timpa dari manusia. Aku nak cari sumber cahaya yang buat aku rasa tenang dan mampu mengisi hati aku di saat kekosongan. Aku cari Allah. Aku pergi masjid, aku berkepit dengan al-Quran, aku banyak dengar recitation , aku tadabbur alam. Aku tak peduli walau aku sorang-sorang masa tu. Aku gigih buat hari-hari. MasyaAllah , dari situ aku rasa tenang yang amat. Subhanallah. Perubahan yang amat ketara lepas aku dah let go, move on dari expectation manusia menuju cinta Allah, aku dah tak sesakit yang dulu. Aku rasa kepala aku ringan , dah tak de sakit kepala depress stress. Rasa lapang. Jiwa tenang, hati mudah tersentuh , dah boleh nampak hikmah Allah. Terasa diri masih tak cukup baik sebagai hamba Dia maka aku tingkatkan lagi amal ibadah. Lagi dan lagi. Aku sedar aku masih bertatih dari bawah. Belum layak, aku masih pendosa. 


Bila masuk je Ramadhan aku teruskan dengan semangat yang sama sampailah sekarang. Dan aku rasa sayang nak tinggalkan Ramdhan 1435 ini sebab Ramadhan kali ini banyak mendidik hati, banyak bagi perubahan kat diri aku. Banyak sangat perubahan dalaman yang aku alami. Ya Allah, aku yakin dengan kekuasaan Mu Ya Allah. Aku sedar, dulu2 masa aku sakit, aku lupakan Allah. Langsung aku sombong , marah. Tapi sekarang aku dah sedar yang Allah lah satu2nya pertolongan dan pengharapan hamba-hambaNya. Tak lain tak bukan sumber kekuatan itu dtaang dari Allah.  Kawan-kawan semua , yakinlah pada Allah. Jangan risau walau susah mana hidup kita, Allah pasti tolong. Walau sesunyi mana kita kalau kita ubah arah hidup kita ke jalan Allah, Allah pasti akan damaikan jiwa kita. Buka hati kita seluas-luasnya tanpa ragu untuk Allah, selangkah kita menuju Allah, Allah beribu-ribu langkah ke arah kita. Allah itu satu, hambanya ramai. Tapi kita selalu lupa Allah, namun Allah tak pernah lupa kita. 


Kawan-kawan, marilah kita letakkan pergantungan kita sepenuhnya 100% pada Allah. Yakinlah dengan Allah. Cintailah dia yang kekal abadi. Letakkan tepi cinta manusia. Sebab cinta Allah yang hakiki.  Aku dah tak tahu nak cakap macam mana lagi, cuma tu lah moga Ramadhan ini mampu membuatkan kita semakin rapat dan hampir dengan Allah. Moga hati kita dikecapi rasa bahagia mencintai Allah.


Semoga Allah bagi peluang untuk kita rasai lagi nikmat beribadah yang manis pada Ramadhan akan datang. Moga Allah terima amal ibadah kita, terima taubat kita, ampunkan dosa-dosa kita, tempatkan kita dikalangan orang-orang yang bertaqwa dan mematikan kita dalam khusnul khatimah. Ameen. 


p/s : Ramadhan ini akan ku ingat sampai bila-bila :)













Comments

Popular posts from this blog

Mini Showcase Fitri Haris

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Hari ni nak sambung post yang lepas. Pasal Mini Showcase Fitri. Actually aku tau last minit pasal showcase ini, ada ajak sorang kawan aku ini minta temankan sekali, last minit juga. Then, untuk dijadikan cerita, aku pun bertolaklah dari rumah pukul 11. Bajet 2 jam perjalanan. Sebab event tu start pukul 1.30 kat UKM. Sampai je kat Stesen UKM aku solat dulu. Then naik teksi terus straight ke UKM. Aku tak keseorangan sebab kebetulan kawan aku yang sama-sama belajar kat kolej KPAKK pun join gak. Terus nampak dia kat depan pintu nak daftar tu. Salam salam dan tanya khabar gaya macam dah lama kenal padahal masa belajar dulu tak pernah pulak borak ngan dia,Then aku terus  duduk sebelah dia dan kawan dia. Kawan yang kata nak teman aku tu, tetibe cancel last minit. Gerak hati aku dah agak dah dia tak jadi teman. Berhuhuhu je lah aku.





Sampai-sampai je terus daftar dan bayar rm8. Fitri kata dia tak ambil sesen pun duit rm8 tu, tapi dia salurkan duit tu…

Baju kurung dan kasut sukan .

Termenung jap. Tengah fikir nak post apa. Otak blurrr sebab banyak sangat benda benda kecik yang macam bebola ikan kat tengah berlegar-legar dalam fikiran aku. *apakah ?? I mean assignment, quizess, presentation semua tu dah berkurang. So, macam tulaa. Okay, abaikan . aku merepek je. ( hakikatnya = Assignment takkan berkurang )




Saje letak gambar ni. Rinduu mak ! :')





Pendahuluan aku sangat laaa sadis. Apesal nih ? Apesal aku macam kelu lidah nak berkata-kata. Aku kan Kamus Pustaka Dewan dan Bahasa. Mana hilang vocab melayu aku? Huarggghh!! Ni semua assigment political sciences punya pasal! 5 hari aku hadaapp komputer pastu tibai segala benda pasal politik dalam English . Dalam english plak tu! Kau tau english aku sangatlah menonggeng. Apa kau rasa bila kau ada banyak benda nak cakap , tapi tak terluah sebab kau tak tau istilah khas untuk perkataan itu dalam english.Aku rasa macam ni ..... Bleeerghhhhhh ! Penat ! Sekejap sekejap gi google translate. Pastuh plak si Pak Google…

Cara dan Tips Untuk Sembuh dari Depression dan Anxiety

Assalamualaikum semua. Alhamdulillah kali ini baru aku ada kesempatan untuk menulis. Memang sejak dua menjak ini aku selalu fikir macam mana aku nak share ngan korang tips untuk sembuh dari depress and anxiety. Setiap malam aku recall dan flashback balik ke tahun turning point aku dimana peralihan dari masa aku sakit sampai aku sembuh. Apa yang aku buat waktu itu? Apa yang aku amalkan? Okay so aku straight to the point je k. Aku akan share semua amalan yang aku buat so that korang yang sakit pun boleh sama-sama amalkan dan terus sihat . InsyaAllah dengan izin Allah.


Okay first all. Ada empat dimensi penyembuhan. 

1. Biologikal
Perjumpaan dengan pakar psikatri, ubat-ubatan dan sebagainya.

2. Psikologikal
Teknik untuk mengawal dan berhadapan dengan perasaan,pemikiran dan tindakan pesakit.

3. Sosial.
Sokongan dari keluarga dan kawan-kawan

4. Spiritual.
Dari segi agama,hubungan dengan Tuhan.


 Okay kenapa diceritakan tentang dimensi penyembuhan? Kerana setiap dimensi ini perlu. Setiap orang perlu am…