Skip to main content

Posts

Showing posts from November 25, 2012

Awan

Kebelakangan ini aku sangat senyap. Murung mungkin. Kadang kadang aku tidak tahu apa yang ada dalam pemikiran aku. Semacam kosong . Semacam bingung.

Bila duduk dalam kalangan keluarga sendiri pun aku tidak mampu nak 'huha huha' macam dulu.

Dia macam hilang diri sendiri. Hilang personaliti diri. Ini petanda apa  ?



Lebih 3 minggu juga aku macam ni.

Kemudian, semalam aku keluar dari rumah nak hantar ayah ke stesen kereta api Sungai Buloh. Mata aku tertancap pada awan putih bersih di langit nan biru. Terus kepala aku yang kosong tu terisi dengan emosi. Emosi gembira. Aku tersenyum . Gila ke aku ini ? Senyum sorang sorang.


Tapi, sungguh beza sangat emosi aku sebelum dan selepas tengok awan di langit. Dia macam setelah aku duduk dalam dunia kosong, awan cantik itu bagi aku harapan. Harapan supaya aku boleh keluar dari kepompong bisu ke dunia nyata.



Someone, tolong lempang pipi aku laju laju bagi sedar.