October 27, 2012

Dilema Long Sem dan Short Sem :/



Aku nak bagi salam tadi tapi aku cancel sebab aku nak anggap macam tak ada siapa yang baca blog ni. Tapi pada masa yang sama aku nak ada orang bagi feedback and opinion masing2 untuk tolong aku solvekan problem kali ini sebab aku dalam dilema. :/


Sebenarnya aku adalah graduating student di mana kami-kami semua sepatutnya dah kena masuk Gomb (sila baca = Gombak ) pada sem lepas. Akan tetapi disebabkan ada special case seperti fail subject pastu repeat paper, redo paper di mana nak naikkan pointer dan masalah kesihatan macam kes aku dan lain-lain lagi , membuatkan kami sedikit lambat masuk ke main campus nak dibandingkan dengan mereka2 yang sudah di tahun pertama degree.


Untuk pengetahuan semua, aku ada balance lagi 3 subjek foundation iaitu subjek Psychology, Contemporary Issue dan Religion in Malaysia. Dimana subjek-subjek tersebut adalah killer subject dan agak tough untuk dibawa pada waktu short sem , 11/11/2012 ini.  Aku nak masuk Gomb awal, so aku dah appeal surat untuk UIA so that pihak yang berkenaan dapat offer subjek yang aku mention sebelum ini.





PROBLEM


Masalahnya di sini aku nak masuk Gomb awal bulan dua tahun depan instead of waiting for bulan 9 . Sape yang larat hoii nak duduk CFS lama-lama -___- . Aku nak masuk Gomb dan nak merasa degree. Sedih tauu tercongok kat cfs tu. Okayy, tak mahu emo syahida. Huhu.  So, kalau aku amek short sem, hajat aku nak masuk Gomb awal akan tercapai.  TETAPI, jadual aku masa short sem nanti akan jadi sangat pack gila ditambah pula dengan 3 subjek yang berat-berat. So, aku kena get ready dan prepare dari segi mental dan fizikal untuk pulun dan struggle habis-habisan nak hadapi exam nanti.


In contra, kalau aku amek long sem aku boleh santai santai dengan 3 subject dalam waktu tempoh yang panjang. Aku boleh belajar dengan tenang dan aku ada banyak masa untuk hadapi final exam nanti. Komfirm2 persediaan aku di hujungnya adalah yang terbaik sebab aku punya jadual tak pack dan sangat relaks. Aku tak payah tergopoh gapah nak habiskan course outline dan segala-galanya berjalan dengan lancar. TETAPI, the drawback is aku masuk Gomb bulan 9 tahun depan dimana itu adalah sangat lambat sekali. Hurmmm.





So, bagaimana kawan-kawan ? Bantu lah saya. Aku dah solat istikharah tapi baru sekali. InsyaAllah, nanti aku solat lagi dan lagi supaya Allah boleh beri petunjuk dimana harus ku tuju. Supaya Allah mempermudahlan perjalanan hidupku dan semoga Allah memberi keputusan yang terbaik buat diriku.






Bila tanya pendapat kawan, ada yang cakap kalau kita kejar masa nanti masa itu akan makan kita balik. Gulp ! Ada yang cakap better amek short sem, kita dah graduating student so jangan sia-siakan short sem yang ada. Cuba dulu. Ada jugak yang kata dont worry , kau masuk lambat ke masuk cepat kau , tempat kau dah kompem sambung kat UIA gak. Tak kemananya .


Itu mereka kata. Aku kata ?





Aku dalam dilema . Sighh :/









2 comments:

Izzati said...

Syida, nak tanya 2 soalan sebelum zati bg komen?

1 - short sem limit berapa credit hour?

2 - kalau grad masa short sem, sempat ke masuk gombak end of january? sbb offer letter ambik masa utk proses. kitorang dulu grad bulan 5, result end of bulan 6, offer letter tgh bulan 7.

Syahida _Masri said...

baru pasan msg ni, sorry izzati.

short sem limit 2 subjek je so 24hours

tapi , takpelah zati. kite dah buat keputusan amek long sem :)