September 13, 2012

From a Sahabat of mine :)


Pernahkah terfikir mengapa dua
orang marah perlu berjerit antara
satu sama lain walaupun duduk
bersebelah?
Pernahkah terfikir mengapa dua
orang yang saling menyayangi
lebih suka membisik antara satu
sama lain walaupun duduk
berjauhan, atau di telefon?
Apabila kita marah, dua hati
adalah berjauhan, oleh itu,
mereka memerlukan suara/nada
yang kuat untuk berhubung.
Masalahnya, makin dijerit, makin
berjauhan.
Bagi mereka yang kita sayang,
dua hati adalah dekat, jadi tidak
perlu untuk menjerit-jerit, hanya
perlu membisik sudah terasa
dekat. Makin dibisik, makin terasa
sayang.
Itulah keajaiban ciptaan Allah
pada sistem badan manusia.
Oleh itu, dalam menguruskan
perbezaan pendapat, jangan
tinggikan suara dan nada, jangan
beremosi supaya hati tidak
berjauhan... ramai yang tidak
sedar sehingga hati dah
berjauhan sehingga tidak dapat
dihubungi lagi barulah nak
selamatkan kembali.
Sebab itu, disarankan diam ketika
marah supaya hati tidak
berjauhan juga kerana kata-kata
yang dikeluarkan ketika marah
pastinya akan menjauhkan hati.
Masa tetap berjalan - jadi pilihlah
yang mudah, senyum selalu
ketika waktu berjalan
menghampiri akhirat. 





p/s : Buat apa
hidup dalam marah-marah. Buat penat je.



Senyum. ^_^

No comments: