Skip to main content

Tak tau tajuk apa nak bubuh


Sebenarnya post kali ini aku nak cerita pasal konvoi raya dengan kengkawan . tapi gambar2 takde kat aku and aku macam takde mood nak story mory pasal tu sebab aku lebih fokus pada feeling aku skrg. I need to burst it out rite now.

Eh, lupa bagi salam !


Assalamualaikum sang pembaca blog yang aku pun tak tau  ntah ade pembaca ke ntah tidak ni. Boleh tak buat pertama kalinya aku nak  meluahkan dengan sejujur2nya dalam blog aku ni? Boleh tak? Boleh kan ? Ni kan blog aku, mestilah boleh en.

 Aku tak nak peduli akan expectation orang terhadap ape yang aku nak tulis kali ini. I just want to split out my feeling and and speak out my mind. And I hope it would not bring to the negative perception from other people especially my friends.

 Aku nak bagitau benda yang jujur pasal perasaan aku tanpa buat korang berfikir buruk terhadap aku. Boleh kan? Aku pun manusia biasa jugaaaaaaaak. :(



Ermm , errmm. Tapi en aku nak cakap awal2. Kalau korang geli baca tolong lah keluar dari blog ni awal2. Sebab post kali ni macam aku syiok sendiri. Warning awal-awal.


Aku silap besar malam tadi. Aku tak patut cakap kat dia yang aku suka dia. Duuhhh. Ni semua sebab syahira cakap yang dia suka aku. Aku pun PERNAH suka dia tapi  DULU, skrg dah macam ............ feeling  ...... is fade awayyyyy . So, tak perlu aku bgtau dia kan. Pastu dia cakap yang dia pernah suka aku gak dan skrg suka sebagai KAWAN SAHAJA. Dia nak jadikan budak USIM sebagai other half dia. hurrmmmmm, apesal masa aku mesej dia , dia tak bagitau direct je? Perlu ke nak biar aku berteka-teki? Sampai di penghujung conversation, debaran tu stop macam kena langgar kereta api bile dia sebut tentang bdk usim tu. Haishh, awak ni pun tak reti nak berteurs terang. Duhhh -___-


Baru aku faham perasaan orang bercinta ni istimewa even aku tak pernah bercinta. Menyukai seseorang tu memang aku pernah tapi bercinta tu belum lagi. Patutlah ada kapel yang sampai nangis2 teruk sangat sebab cinta ditolak. Aku dapat simpulkan yang perasaan cinta tu kuat dan utuh bila kedua-duanya saling menyukai. Ditambah dengan rasa jujur, ikhlas dan sayang. Yeahh, now persepsi aku terhadap orang2 yang kapel dah berubah. They deserved to be like that. Sebab diorang rasa tulusnya perasaan tu , perasaan yang aku tak pernah rasa sebelum ni. Sebab tu lah dulu aku senang je nak anti-kapel , sebab aku tak pernah rasa perasaan bercinta dan tak tau betapa seronoknya rasa cinta tu.


So, aku nak stop being judgemental terhadap orang kapel ni. Aku tak boleh nak salahkan 100% kat diorang. Sebab cinta itu fitrah.  Masing2 depend on sekuat mana keteguhan iman mereka, sejauh mana ilmu mereka terhadap hubungan berlainan jantina dan paling penting setinggi mana rasa cinta meraka pada Allah.


Aku jujur, dari sekolah rendah lagi, ade crush. Normal lah tu kan. tapi crush je yang mampu, cinta monyet tu tak reti. hahaa. Maklumlah budak low profile dan awkward memang takde sape yang notice. Ceh, bunyi sedih je. But then masuk form 3 i've fall in love with some one that is sooooooooo brave by approacing me through islamic way. Dia ni budaknya gila-gila dan nakal . Tapi ntah sebab apa dia berubah aku tak tau sangat. Maybe sebab dia ada ilmu dalam taranum mengaji pastu dia rapat dengan ustaz yang mengajar dia ngaji. Sedap sangat bacaan dia. Tiap kali dengar dia azan kat surau sekolah, hati rasa sayu je. Rasa tenang. Lagi-lagi bila dia jadi imam solat. Boleh nangis T_______T


Hurmmmm, disebabkan aku tak ramai kawan masa form 3 dulu, aku macam rapat dengan dia je. Tapi bukan rapat berkepit ke hulu hilir sana sini. Rapat melalui mesej dan alam maya je macam chat kat YM dan mesej  kat friendster. Lupa nak bagitau, zaman tu zaman takde fesbuk, memasing dengan friendster je. hahaha.

Tapi sepanjang kitorang kenal, takde wat ape-ape pun . Melainkan dia selalu bagi nasihat pasal agama, ikhilat (pergaulan), syariat , dan penampilan yang sepatutnya bagi seorang perempuan. Alim sangat, ade ciri ketokohan dan kata-kata  dia yang smooth dan jelas tanpa ade kesempatan lain2 senang je nak sentuh hati aku. Maybe dari situ salah satu sebab kenapa aku berubah ke arah islamik sikit. Tapi tipulah sepanjang kitorang kenal, aku tak suka dia . Suka banyak kot sebab ilmu agama tinggi, pandai mengaji, pastu boleh bimbing orang, perempuan mana yang tak suka weyhh.

Tapi dia dah kahwin sekarang dan ada anak dah pun. See? Lelaki yang boleh sentuh hati aku sewaktu tika dulu pun belum tentu jadi bakal suami aku. Apa lagi lelaki yang aku tak pernah kenal rapat.

Aku rasa en, orang yang aku suka, end up dia akan kahwin dengan orang lain, bukan dengan aku. So, kesimpulannya aku tak boleh suka sesiapa dah mulai saat ini. Kalau tak ada jodoh , acane? Kan kcewa nanti. Sebab tu Allah dan berfirman '' Boleh jadi kesukaanmu itu, menjadi kebencian kelak. Dan boeh jadi kebencianmu itu , berubah menjadi sesuatu yang kamu suka.''

Pandai Allah pujuk hamba2Nya kan . :")



Okaylah, aku rasa post kali ini bakal meningalkan impak kepada orang-orang tertentu yang dia rasa dia dah kenal aku sangat. Kononnya. Sorry to say.


Tapi, itulah kisah hidup aku. Banyak lagi sebenarnya tapi malaslah nak nak cerita semua. Muak je korang baca nanti.

That;s all. Assalamualakum w.b.t :)


Comments

Ard said…
ade jodoh x kemane. doa banyak2 dapat jodoh yg baik *amin*

Popular posts from this blog

Baju kurung dan kasut sukan .

Termenung jap. Tengah fikir nak post apa. Otak blurrr sebab banyak sangat benda benda kecik yang macam bebola ikan kat tengah berlegar-legar dalam fikiran aku. *apakah ?? I mean assignment, quizess, presentation semua tu dah berkurang. So, macam tulaa. Okay, abaikan . aku merepek je. ( hakikatnya = Assignment takkan berkurang )




Saje letak gambar ni. Rinduu mak ! :')





Pendahuluan aku sangat laaa sadis. Apesal nih ? Apesal aku macam kelu lidah nak berkata-kata. Aku kan Kamus Pustaka Dewan dan Bahasa. Mana hilang vocab melayu aku? Huarggghh!! Ni semua assigment political sciences punya pasal! 5 hari aku hadaapp komputer pastu tibai segala benda pasal politik dalam English . Dalam english plak tu! Kau tau english aku sangatlah menonggeng. Apa kau rasa bila kau ada banyak benda nak cakap , tapi tak terluah sebab kau tak tau istilah khas untuk perkataan itu dalam english.Aku rasa macam ni ..... Bleeerghhhhhh ! Penat ! Sekejap sekejap gi google translate. Pastuh plak si Pak Google…

Mini Showcase Fitri Haris

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Hari ni nak sambung post yang lepas. Pasal Mini Showcase Fitri. Actually aku tau last minit pasal showcase ini, ada ajak sorang kawan aku ini minta temankan sekali, last minit juga. Then, untuk dijadikan cerita, aku pun bertolaklah dari rumah pukul 11. Bajet 2 jam perjalanan. Sebab event tu start pukul 1.30 kat UKM. Sampai je kat Stesen UKM aku solat dulu. Then naik teksi terus straight ke UKM. Aku tak keseorangan sebab kebetulan kawan aku yang sama-sama belajar kat kolej KPAKK pun join gak. Terus nampak dia kat depan pintu nak daftar tu. Salam salam dan tanya khabar gaya macam dah lama kenal padahal masa belajar dulu tak pernah pulak borak ngan dia,Then aku terus  duduk sebelah dia dan kawan dia. Kawan yang kata nak teman aku tu, tetibe cancel last minit. Gerak hati aku dah agak dah dia tak jadi teman. Berhuhuhu je lah aku.





Sampai-sampai je terus daftar dan bayar rm8. Fitri kata dia tak ambil sesen pun duit rm8 tu, tapi dia salurkan duit tu…

Heliza Tiru Style Aku. Tak boleh blaaa.

Ok, korang kena tipu. HAHA. Aku yang berangan-angan nak tiru style dia adalah. Hehee.




Wow, sungguh ! Dia memang canteeek. tapi part mekap tebal aku tak berkenan.



Aku suka heliza sangat-sangat! Sebab dia macam aku. Ke aku macam dia ? HAHA. Ntah laa, tapi yang pasti aku suka semua pakaian dia. Up-to-date dan bergaya tapi pada masa yang sama still menutup aurat. Artis Paling Sopan Berpakaian jatuh kepada Heliza Helmi. Tahniah !



Rajengnya study


Lagi satu en, dia ni bukannya sopan sangat sesopan pakaian dia, perangai dia pun gila-gila tau. Sengal semacam je. Aku selalu follow blog dia dan page kat fesbuk. Memang senget sikit kepala dia tapi dia suka publish status yang islamik, selalu ajak kita solat , saling mengingatkan antara satu sama lain. Sukalah dia. hehee.




Family dia. Happy je.



Stylenya baju dia. ;D




Comey. Hee.




Sengal uh dia. Time ni dia kat universiti. Dalam kuliah.




Kan aku dah cakap dia sengal. HAHA !




Aku suka ini. Sebab dia berjubah. :)




Ada video dia nyanyi lagu Chord G ni. Best ! Try…