March 19, 2012

this is it

I've realised something ,

Bile aku jenjalan kat blog orang blog, kawan kawan sebaya aku rase kata-kata diorang matang. diorang boleh olah ayat diorang dengan baik dan tepat untuk luahkan ape yang diorang rasa waktu tu.



tapi aku ??


aku cam dalam dunia aku sendiri. takde dinamik, sangat mendatar sebab aku always keep thing with myself , payah berkongsi and terlalu give in sampai aku boleh jadi give up. somehow, i hardly speak out my mind, susah nak express kan feeling. Aku takde skill nak transferkan ape yang aku fikirkan kepade kata-kata . At last, pemikiran aku tu terbiar kat dalam , tak dluah. Lama-lama aku jadi payah nak bersikap jujur tentang ape yang aku rase.


dan.........



Aku follow the flow je. apa orang kata aku iyakan aje, sebab bile aku cube nak luahkan pendapat aku ia ambik mase yang lame untuk aku sampaikan. Seolah-olah borak-borak kosong dengan kawan-kawan tu satu benda yang sukar bagi aku. Walhal, kalau kita dok sembang-sembang tu dapat kurangkan beban dan stress sebab kita meluah ape yang kita rase dengan sebaiknya tapi lain plak bagi aku. Aku tak pandai bercakap.



Hermmm......


Jujur aku kata, sejak 2,3 tahun ni aku lebih banyak berkomunikasi dengan hati berbanding komunikasi dengan manusia. Terkadang hati bukannya tepat. Syaitan boleh masuk cucuk kacau pemikiran kita dengan benda yang bukan-bukan. Aku teringat cakap kawan aku , kalau nak study biar ade kawan sebab kawan boleh betulkan kita kalau kita kita was-was. tapi kalau sorang, sape nak tolong? syaitan yang ragukan pendirian kita adelah.


Dan aku juga.......

mengaku aku payah nak terima teguran, aku banyak rasa riak, sombong, selalu syak wasangka kat orang .aku sedar semua tu sebab banyak melibatkan hati yang tak bersih. Aku nak cube belajar supaya lebih terbuka , persepsi aku terhadap orang kena positif, komunikasi aku kena lancar. Aku nak jumpa pakar terapi yang boleh buat aku ekspresskan diri aku sebab aku terlampau introvert dan pasif.


Aku teringat.......


dulu aku pernah menjadi extrovert bile aku di'surrounding' dengan orang2 yang positif. diorang cam meransang aku untuk lebih ceria , yakin dan outgoing, tapi bile diorang takde aku pun mendatar balik. seolah-olah aku kena mengharapkan orang sekeliling untuk jadi positif. How? how?



Dan.......


kengkdang sikap aku akan berubah-ubah depends dengan siapa aku bersama time tu .aku akan me'reflect'kan personaliti orang di depan aku . kalau dia nampak sopan, aku pun cube melimitkan pergerakan aku supaya same level dengan tahap kesopanannya, kalau orang tu kasar aku pun cam tu gak. seolah-olah aku kena observe orang tu sebaik mungkin, kenalpasti diri dia, barulah aku boleh masuk ikut rentak dia. kalau camtu, sampai bile aku nak rapat dengan orang ? Sebab bile aku buat personaliti diri aku same dengan karakter orang tu, ianya jadi kutub yang same , positif dan positif lalu saling menolak. tak serasi , bosan dan takde dinamik hubungan tu. So cane ??


Inilah akibatnya terlalu nak fit in. Aku harap adelah seseorang yang dpaay fixkan aku balik. Aku tak nak jadi cam ni selama-lamanya seba penat, bosan dan hidup tak produktif. Stress adelah .


Haiiiisshh... Allah bantulah aku supaya aku tak mengeluh dengan dugaan ini. Aku kena kuat !

No comments: