Skip to main content

Posts

Showing posts from April 7, 2011

I miss my old me

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.






Bagi aku perempuan itu nampak cantik apabila dia bertudung labuh, berstokin serta armsock tanpa secalit mekap pun di wajahnya. Lebih-lebih lagi kalau perempuan itu berjalan sambil menunduk serta matanya tidak meliar. Sungguh manis dan sangat terjaga. Memang ramai perempuan macam itu dekat UIA ni.



Hati aku pula akan berbunga melihat perempuan-perempuan seperti ini. Aku akan tersenyum pada mereka dengan harapan mereka senyum kembali padaku. Manis kalau tengok perempuan betudung labuh senyum. Rasa nak buat kawan dengan perempuan macam ini. Tapi bila aku pandang diri aku balik, aku tak macam mereka. Aku kembali rendah diri. Aku segan .



Pakaian aku dah jauh berubah . Aku sudah tidak pakai tudung labuh seperti dulu. Malah berstokin hanya apabila ke kuliah sahaja. Armsock plak jarang-jarang pakai. Kadang-kadang tu terover menyerlah. Kenapa aku jadi macam ini ? Cepat sangat berubah…