Skip to main content

Malasnya nak baca Al-Quran








Ini adalah satu kisah yang sangat menarik.
Semoga dengan cerita ini hati anda akan terbuka tentang membaca Al-Quran.
Mungkin ada yg pernah bace kisah ni tp apa salah sbgai pringatan sekali lg :)




Kisah ini dipetik daripada kisah yang ditulis dalam Bahasa Inggeris. Sudah diterjemahkan :)




Mengapa Kita membaca Al-Quran,
sedangkan kita tidak memahami sepenuhnya apa yang di baca?

Begitulah tajuknya.


Pada zaman dahulu
Ada seorang Atuk tua tinggal bersama cucu lelakinya
di sebuah bukit di pendalaman.
Setiap pagi Atuk bangun awal pagi
duduk di meja makan dan membaca Al-Quran.
Cucunya ingin menjadi seperti Atuk dan meniru seberapa boleh akan bacaan yang dibaca oleh Atuknya.




Pada suatu hari cucunya bertanya,
‘Atuk! saya cuba membaca Al-Quran macam Atuk baca tapi saya tak faham pun, dan jika saya faham sekali pun saya akan lupa sebaik sahaja saya menutupinya.
Apa bagusnya bila kita membaca Al-Quran?’
Sedang orang tua itu meletakkan arang batu ke dalam dapur pemanas badan, dengan perlahan dia menoleh kepada cucunya sambil berkata,
‘ Bawa guni arang batu ini ke sungai
dan bawakan saya seguni air.’




Budak lelaki itu buat seperti apa yang disuruh,
tetapi semua air itu membocor keluar
sebelum dia sampai ke rumah.
Orang tua itu ketawa dan berkata.
‘ Awak hendaklah berjalan lebih cepat untuk yang akan datang,’
dan meminta cucunya ke sungai bersama dengan guni arang batu untuk cuba sekali lagi.
Kali ini budak lelaki itu berjalan lebih laju, sekali lagi guni itu kosong sebelum dia tiba ke rumah.
Terlalu letih, dia memberitahu Atuknya bahawa mana mungkin untuk membawa air di dalam guni,
dan dia pergi untuk mengambil baldi. Orang tua itu berkata,
‘ saya tidak mahu sebaldi air, saya mahu seguni air. Anda tidak cukup kuat mencubanya.’
dan dia menuju ke pintu melihat cucunya mencuba lagi.





Pada ketika itu, budak lelaki itu sudah tahu bahawa tidak mungkin dapat membawa air di dalam guni hingga ke rumah, tetapi untuk tidak menunjukkan apa-apa reaksi kepada Atuknya dia berlari seberapa laju yang dia boleh, semua air yang di bawa masih membocor keluar sebelum dia sampai ke rumah.




Budak lelaki itu sekali lagi pergi ke sungai dan berlari secepat mungkin dengan seguni air,
tetapi apabila sampai kepada Atuknya,
guni tersebut sekali lagi kosong.
Meletihkan, katanya,’ tengok Atuk, tak guna!’ ‘ Jadi anda fikir ianya tidak berguna?’
Orang tua itu berkata,’ tengok guni itu.’




Budak lelaki itu melihat akan guni tersebut dan buat kali pertamanya dia sedar bahawa
guni tersebut sudah berubah. Ia telah bertukar daripada guni lama yang kotor bekas arang batu menjadi begitu bersih,
luar dan dalam.


‘Cucuku, itulah yang akan berlaku jika anda membaca Al-Quran.


Anda mungkin tidak faham ataupun ingat kesemuanya, tetapi apabila anda membacanya, anda akan berubah dengan sendirinya,
dalaman dan luaran.


Itulah kurniaan Allah s.w.t. dalam kehidupan kita.



Budak kecil comel ini pun baca Al-Quran . kita ? hehee.


Ada orang tanya, kenapa kita mesti nak baca Al-Quran sedangkan kita tak faham apa maknanya? Macam mana nak faham? Kena la belajar bahasa Arab. Susah? Apalagi, buka tafsir la. Tak faham pun tak ape, yang penting baca. Tapi kalau kita faham kira lagi bagus la. Wallahua’lam. ^_^




p/s : Saya bersyukur ada adik-adik yang menerima diri saya seadanya. Rindu yang kiri sekali tu. Tahun ini raya terakhir bersama dia. :(



Comments

husnyhoneys said…
best entry ni... ^_^

eh, syida, nape las raya ng ehsan?? dia nk fly ke?
Wanita Solehah said…
entry yang sangat bagus...
:)
nak kongsi kat blog sy boleh x kak ?
Syahida _Masri said…
kak cun ,

yup ihsan nak fly bulan 6 tahun depan. sedih plak . huu
Syahida _Masri said…
wanita solehah a.k.a adik anisamira

boleh je. benda baik sangat dialu2kan untuk share. :)

Popular posts from this blog

Baju kurung dan kasut sukan .

Termenung jap. Tengah fikir nak post apa. Otak blurrr sebab banyak sangat benda benda kecik yang macam bebola ikan kat tengah berlegar-legar dalam fikiran aku. *apakah ?? I mean assignment, quizess, presentation semua tu dah berkurang. So, macam tulaa. Okay, abaikan . aku merepek je. ( hakikatnya = Assignment takkan berkurang )




Saje letak gambar ni. Rinduu mak ! :')





Pendahuluan aku sangat laaa sadis. Apesal nih ? Apesal aku macam kelu lidah nak berkata-kata. Aku kan Kamus Pustaka Dewan dan Bahasa. Mana hilang vocab melayu aku? Huarggghh!! Ni semua assigment political sciences punya pasal! 5 hari aku hadaapp komputer pastu tibai segala benda pasal politik dalam English . Dalam english plak tu! Kau tau english aku sangatlah menonggeng. Apa kau rasa bila kau ada banyak benda nak cakap , tapi tak terluah sebab kau tak tau istilah khas untuk perkataan itu dalam english.Aku rasa macam ni ..... Bleeerghhhhhh ! Penat ! Sekejap sekejap gi google translate. Pastuh plak si Pak Google…

Mini Showcase Fitri Haris

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Hari ni nak sambung post yang lepas. Pasal Mini Showcase Fitri. Actually aku tau last minit pasal showcase ini, ada ajak sorang kawan aku ini minta temankan sekali, last minit juga. Then, untuk dijadikan cerita, aku pun bertolaklah dari rumah pukul 11. Bajet 2 jam perjalanan. Sebab event tu start pukul 1.30 kat UKM. Sampai je kat Stesen UKM aku solat dulu. Then naik teksi terus straight ke UKM. Aku tak keseorangan sebab kebetulan kawan aku yang sama-sama belajar kat kolej KPAKK pun join gak. Terus nampak dia kat depan pintu nak daftar tu. Salam salam dan tanya khabar gaya macam dah lama kenal padahal masa belajar dulu tak pernah pulak borak ngan dia,Then aku terus  duduk sebelah dia dan kawan dia. Kawan yang kata nak teman aku tu, tetibe cancel last minit. Gerak hati aku dah agak dah dia tak jadi teman. Berhuhuhu je lah aku.





Sampai-sampai je terus daftar dan bayar rm8. Fitri kata dia tak ambil sesen pun duit rm8 tu, tapi dia salurkan duit tu…

Heliza Tiru Style Aku. Tak boleh blaaa.

Ok, korang kena tipu. HAHA. Aku yang berangan-angan nak tiru style dia adalah. Hehee.




Wow, sungguh ! Dia memang canteeek. tapi part mekap tebal aku tak berkenan.



Aku suka heliza sangat-sangat! Sebab dia macam aku. Ke aku macam dia ? HAHA. Ntah laa, tapi yang pasti aku suka semua pakaian dia. Up-to-date dan bergaya tapi pada masa yang sama still menutup aurat. Artis Paling Sopan Berpakaian jatuh kepada Heliza Helmi. Tahniah !



Rajengnya study


Lagi satu en, dia ni bukannya sopan sangat sesopan pakaian dia, perangai dia pun gila-gila tau. Sengal semacam je. Aku selalu follow blog dia dan page kat fesbuk. Memang senget sikit kepala dia tapi dia suka publish status yang islamik, selalu ajak kita solat , saling mengingatkan antara satu sama lain. Sukalah dia. hehee.




Family dia. Happy je.



Stylenya baju dia. ;D




Comey. Hee.




Sengal uh dia. Time ni dia kat universiti. Dalam kuliah.




Kan aku dah cakap dia sengal. HAHA !




Aku suka ini. Sebab dia berjubah. :)




Ada video dia nyanyi lagu Chord G ni. Best ! Try…