July 19, 2011

Perempuan

Sebenarnya , semalam aku ada post sumthing tapi aku delete . Sebab sakit hati. Sakit sangat.

Elok sangat lah kalau kita lupa kawan, kan ?

Dan hari ini aku rasa nak share apa yang aku rasa dari facebook.




Perempuan cun selalu jadi perhatian . Even, sifat dia kasar, dia selalu dipandang orang . Sebab dia cun , dia cantik dia jelita . Membuatkan mata-mata yang melihat menjadi senang.

Cantik itu satu bonus . Bersyukurlah anda . Tapi cantik takkan kekal lama . Cantik boleh beransur pudar . Buruk dan hodoh. Maka , kepada saang lelaki yang suka sangat stalk dan cari peluang mengganggu perempuan cantik memang lah buta hati .


Buta hati sebab menilai wanita dari rupa paras. Buta hati lagi kesian dari buta mata . Sebab bila hati buta , kita susah nak buat penilaian dengan baik. Kasihan lelaki yang bermata keranjang. Tak pandai menilai .Pantang nampak perempuan berdahi licin , terus aim perempuan itu.


Kepada kau yang terasa , memang aku sengaja nak buat kau terasa . Sebab tulaa , kalau dalam bab kapel , perempuan cun kebanyakannya memilih lelaki yang kurang hensem sebagai bfnya. Sebab hampir kesemua lelaki hensem bermata keranjang. Lagipun lelaki hensem banyak demand. Konon , kau hensem kau pikir permpuan cun nak kat kau ? Haktuiih


Aku takkan kawin dengan lelaki yang suka perempuan cun . Sebab aku tak cun . Dan aku takkan kawin dengan lelaki sebaya. Tak matang . Tak matang . Tak matang .

Ya Allah , tetapkanlah jodohku dengan sebaikbaik lelaki. Yang mampu membimbingku untuk samasama menggapai mardatillah, menuju ke pintu syurga. Dan yang mampu menjadi imam bagiku. Ameen ~



Tibatiba masuk bab kawin. Apehal ?

19 comments:

Nur al-Iman said...

I like the kind of girls who don't show off their beauty for people to admire and pamper. Instead, their beauty is shown through their actions and deeds. :')

Bab laki tu, haha. Typical? Payah nak cari lelaki yang mengutamakan ke-cun-an hati daripada luaran.

Haha, oke, maafkan bahasa rojak ini.

melle amir said...

aku pon kurang cantik

husnyhoneys said...

hoho...kak cun cmne?? nangis jap...T_T

hahaha...xde la.... sbnrny stp org ad perangai masing2... yg baik dgn caranya dan sebaliknya...tapi diri kita?? Allah da jadikan kita sebaik2 kejadian, maka bsyukurlah... sbb disaat Allah tarik suatu nikmat, kita takkan dpt benda yg sama sekali lagi...

cik adik syg... awk pun cntik jugak... sbb stp ciptaan Allah takde cacat celanya... tapi kecantikan itu haruslah diserlahkan dengan iman dan taqwa, dan itulah sebaiknya di sisi-Nya...insyallah...

ok dear, jadi cantik luar dan dalam... bsamalah kite berusaha... ^_^v

husnyhoneys said...

p/s: lupe nk ckp, ignore je laki2 tu... sbb firman-Nya "lelaki2 baik utk perempuan2 baik dan sebaliknya"... nah, siapa kita utk menolak kalimahNya... percayalah, yakinlah, Allah takkan mungkir pada janji~ ^_^

alif ibnu daud said...

jadilah diri yang soleh/solehah sebelum mencari yang soleh/solehah

Syahida _Masri said...

Nur Al-Iman ,


Rojak-rojak pun kite faham apa yang awak ce nak sampaikan.

Yeah , tak ramai perempuan sekarang yang cantik dalaman. Kalau boleh , masing2 nak bermekap bagaii. Hilang natural dan inner beautyy . heh.

Syahida _Masri said...

melle ,

kau cantik. sebab kau ciptaan Allah :)

Syahida _Masri said...

kak husnyhoneys ,

alaa, jangan nangis . Cun tu nama panggilan akak kot. HAHA.

Betul cakap akak tuu. We're unique through our own way. :) Hehee. Akak pong cantekk plus comeyy !

Hopefully , nama di Luh Mahfuz tu laa yang terbaik bagi kita dunia akhirat . ^_^

Syahida _Masri said...

alif ibnu daud ,

InsyaAllah . samasamalaah kita ye . :)

umira said...

Mana butang like nie, nak like post nie. ;D

~lelaki sebaya tak matang, MEMANG ;p
Semua ciptaan Allah cantik, insyaAllah, ada jodoh yang terbaik untuk kita :)

Ainul Arina Madhiah said...

salam syahida, sabar2... insyallah, allah tu maha penyayang. Dia mesti kasi yang terbaik untuk awak =)

ramadhan kareem ^^

Syahida _Masri said...

umira ,

actually point utama post ni , nak kata lelaki ni takleh tengok pmpn cantek. Mata keranjang. Ntah nape , tetibe je masuk bab kawin. huuu

Syahida _Masri said...

Ainul Arina Madhiah ,

insyaAllah , ameen !

heee, eh readers baru eh ? frst time nampak kat sini. ngee :D

Siti Arfah said...

Moga kita sama2 dpt laki beriman nnt, pasti beruntung. Amin, :)

rara said...

sayang,

matang itu bukan pada usianya, tapi pada tinggi akalnya.

dan cantik itu pula subjektif.

dan bukan semua yang mengincar wanita cantik itu buta hati. dan bukan semua wanita yang tidak cantik tidak mengincar jejaka yang tampan.

pada akhirnya, semua tampak sama.

suka kepada kecantikkan, ketampanan, itu fitrahnya manusia.

bagaimana kita mengawal fitrah itu, itulah yang menjadi pencetus atau penutup fitnah.

jodoh kita adalah yang sekufu.

sebaikbaik lelaki adalah untuk sebaikbaik perempuan dan begitu jugalah sebaliknya.

semoga kita menjadi lebih baik untuk mendapat redhaNya, dan mudah-mudahan dijodohkan dengan jodoh yang baikbaik olehNya.

:)

atenhana said...

nice one shida. keep it up :)

Syahida _Masri said...

Siti Arfah,

insyaAllah, hoyeaah! :D semuaa nak cam tu , kan ?

Syahida _Masri said...

rara,

sukanya ayat awak. precise sunggguh ! btw, thanks for your preciouse words.

memang membuka minda. nanti drop by lah lagi :D

Syahida _Masri said...

atenahana,

syukraan ! :D btw, asal fb kau private?