Skip to main content

Baju kurung dan kasut sukan .

Termenung jap. Tengah fikir nak post apa. Otak blurrr sebab banyak sangat benda benda kecik yang macam bebola ikan kat tengah berlegar-legar dalam fikiran aku. *apakah ?? I mean assignment, quizess, presentation semua tu dah berkurang. So, macam tulaa. Okay, abaikan . aku merepek je. ( hakikatnya = Assignment takkan berkurang )




Saje letak gambar ni. Rinduu mak ! :')





Pendahuluan aku sangat laaa sadis. Apesal nih ? Apesal aku macam kelu lidah nak berkata-kata. Aku kan Kamus Pustaka Dewan dan Bahasa. Mana hilang vocab melayu aku? Huarggghh!! Ni semua assigment political sciences punya pasal! 5 hari aku hadaapp komputer pastu tibai segala benda pasal politik dalam English . Dalam english plak tu! Kau tau english aku sangatlah menonggeng. Apa kau rasa bila kau ada banyak benda nak cakap , tapi tak terluah sebab kau tak tau istilah khas untuk perkataan itu dalam english.Aku rasa macam ni ..... Bleeerghhhhhh ! Penat ! Sekejap sekejap gi google translate. Pastuh plak si Pak Google ni tak reti reti nak bagi translate yang senonoh sikit. Sakit jiwa akuu. Okayh , dah ! Penatlah marah marah ni. =.=








Tadi aku duduk sebelah dia. Oh man , bukan ! Dia yang duduk sebelah aku. Tengah jawab kuiz Social dan Antropology , dia datang lambat dan kebetulan sebelah aku je kosong. TERPAKSAlah dia duduk situ kaaaan. Dan aku tak rasa apa pun cuma rasa awkward sebab dia hensem sangat. (apakah?) Dan aku tak pernah duduk sebelah lelaki melainkan lelaki yang gatal nak duduk sebelah aku. Itu cerita lain. Apesal eh ? Aku rasa kekok bila lelaki duduk sebelah aku? Bukannya ada apa-apa hal pun. Tadi aku cam tak bergerak dan rasa kaku je sepanjang jawab kuiz tadi. Bila aku usha kertas kuiz dia, macam kosong sikit. Ntah hapee dia jawab. Pastu pen dia jatuh. Aku buat bodoh je, padahal aku boleh je nak ambikkan. No way , tanak aku. Ambik sendiri.



Sekarang ni aku ke kelas pakai baju kurung, tudung labuh, arm sock , stokin dan kasut sukan ! Ya, kasut sukan ! HAHAAHA. Bukan kasut sukan keras , besar gedebuk tu. Kasut sukan feminin Bum Equipment. Macam cool je pakai tu. Kaler coklat so dia masuk dengan apa2 baju yang aku pakai. Aku kan rock. Biarlah nak pakai macam mana pun. Ada orang kisah? Setipa kali pergi manamana , ada je yang pandang. Apesal ? Pelik sangat ke ? Cool yawww . Aku rasa cool. Kalau kau tak suka, tak payah tengok. Tapi kau sukalaah , sebab tu kau tengok kan? HAHA. Mengaku jelaaa.



Lebih kurang camni laa kasut aku tu, tapi kaler coklat dan lagi lawa! Aku google tak jumpa laa.





Nak bagitau ni. Aku sekarang addicted layan lagu nasyid dari kumpulan Nur One. Kumpulan baru tapi dah banyak lagu diorang buat. Pertama kali dengar terus dah jatuh hati. Suara, rentak dan melodi lagu diorang memang best ! Hehehe. Aku promote lagu Kau Terhebat , Dengan Kuasamu dan Melodi Hati. Ouh , Ratu hati pun bestt ! :D



Ni haaa, kumpulan Nur One. Gaya diorang sempoi je, tapi lirik dan mesej yang dia nak sampaikan bagus !





Tadikan masa FACEBOOK BUAT HAL TAK BOLEH BUKAK aku reblog tumblr. Macam macam quote yang buat aku tersenyum. Memang banyak kata-kata inspirasi dari tumblr . Seolah olah tumblr tu life aku. Hahaha. Tapi memang betul pun. Tumblr tu dah macam diari hidup aku. Dan sedang scroll homepage tumblr, aku terjumpa ayat ni.

A man that lowers his gaze when at the presence of woman, seems more handsome than the others.



Dan aku setuju ayat tu. Aku lagi suka lelaki yang jaga pandangan daripada lelaki yang hidupnya dikelelilingi perempuan. Lower you gaze, guys !










p/s : thanks sebab kau buat aku rasa dihargai . :')

Comments

Amie 구름. said…
aaaah ! dulu kita pun pakai kasut ala2 converse kaler biru jeans pergi kelas. selesa sgt, rasa ringan je nak gerak pi kelas. i know sesetengah person mcm pndg 2 kali jugak lah terhadap kasut i, tapi i think not bad what.

p/s : i macam tau je perasaan lelaki hensem dok sebelah. mmg rasa keras kaku je kan. lagi lah crush i dok sebelah time trial spm dulu, omjayy. asyik dok usha dia je, apakah ? -_-"

p/s : nk try dengar lagu yg u rekomen tu.
dib. said…
haha! me either! pengguna kasot b.u.m plg setia :P (even dak2 laki dlm klas kow2 kutuk tu kasut jantan,kesah mak nak:D)
Syahida _Masri said…
amie ,

kaaaaaaan? ringan dan selesa nak gi kelas ! Lagilagi kalau dah memang kelas jauh gitu. Takpe nampak pelik. Pelik tapi unik. hee.

Kite kalau crush , langsung tak angkat muka. maluu. ><
Syahida _Masri said…
dib ,

wow ! cool laa you neh. Rock abes. meh kita kawan meh ! :D
Anonymous said…
Saya pakai stokin dan kasut setiap hari 24jam kecuali mandi jer hehehe sebab kerja sebagai salesgirl pusing seluruh Malaysia...kalau tak pakai stokin nanti taulah macamana jari kaki berpeluh melekat kat jari kaki dan berbau pula....stokin khas untuk serap peluh kaki. Stokin pilihan saya adalah jenis buat daripada kapas adalah paling baik, pakailah seminggu tanpa buka kasut pun jari kaki sentiasa kering. Hehehe

Popular posts from this blog

Mini Showcase Fitri Haris

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Hari ni nak sambung post yang lepas. Pasal Mini Showcase Fitri. Actually aku tau last minit pasal showcase ini, ada ajak sorang kawan aku ini minta temankan sekali, last minit juga. Then, untuk dijadikan cerita, aku pun bertolaklah dari rumah pukul 11. Bajet 2 jam perjalanan. Sebab event tu start pukul 1.30 kat UKM. Sampai je kat Stesen UKM aku solat dulu. Then naik teksi terus straight ke UKM. Aku tak keseorangan sebab kebetulan kawan aku yang sama-sama belajar kat kolej KPAKK pun join gak. Terus nampak dia kat depan pintu nak daftar tu. Salam salam dan tanya khabar gaya macam dah lama kenal padahal masa belajar dulu tak pernah pulak borak ngan dia,Then aku terus  duduk sebelah dia dan kawan dia. Kawan yang kata nak teman aku tu, tetibe cancel last minit. Gerak hati aku dah agak dah dia tak jadi teman. Berhuhuhu je lah aku.





Sampai-sampai je terus daftar dan bayar rm8. Fitri kata dia tak ambil sesen pun duit rm8 tu, tapi dia salurkan duit tu…

Heliza Tiru Style Aku. Tak boleh blaaa.

Ok, korang kena tipu. HAHA. Aku yang berangan-angan nak tiru style dia adalah. Hehee.




Wow, sungguh ! Dia memang canteeek. tapi part mekap tebal aku tak berkenan.



Aku suka heliza sangat-sangat! Sebab dia macam aku. Ke aku macam dia ? HAHA. Ntah laa, tapi yang pasti aku suka semua pakaian dia. Up-to-date dan bergaya tapi pada masa yang sama still menutup aurat. Artis Paling Sopan Berpakaian jatuh kepada Heliza Helmi. Tahniah !



Rajengnya study


Lagi satu en, dia ni bukannya sopan sangat sesopan pakaian dia, perangai dia pun gila-gila tau. Sengal semacam je. Aku selalu follow blog dia dan page kat fesbuk. Memang senget sikit kepala dia tapi dia suka publish status yang islamik, selalu ajak kita solat , saling mengingatkan antara satu sama lain. Sukalah dia. hehee.




Family dia. Happy je.



Stylenya baju dia. ;D




Comey. Hee.




Sengal uh dia. Time ni dia kat universiti. Dalam kuliah.




Kan aku dah cakap dia sengal. HAHA !




Aku suka ini. Sebab dia berjubah. :)




Ada video dia nyanyi lagu Chord G ni. Best ! Try…