June 27, 2011

Tak ada tajuk . Tapi ada makna :)

Testing testing ! Akhirnya aku update gak blog neh. Tah kenapa aku rasa sejak 3 post yang the latest aku rasa macam tatau nak post apa . Pakat tulis je secara random. Cam tak ada point sangat laa nak sampaikan. Hehehe. Maybe sebab dah sambung belajar. Kekangan masa sikit.





The girlss Sagarianz . Hari tu kitorang pergi pameran Crafty kat JayaOne, Petaling Jaya. :)


Tempat ni cantik gak uh. Hehee.



Sebenarnya nak bagitauu ni , yang aku dah berjaya pakai tudung labuh balik ! Yeaaay !! Alhamdulillah. Rasa seronok yang tak terhingga sebab rinduu sangat penampilan doludolu. Nak nangis rasa sebab masih ada keinsafan dalam diri. *Asal kau , syahida ?? Perlulaa sampai nak nangis ? Mestilaah , ingat senang ke nak bermujahadah ni ? Takpe , Innallah ma'ana. ^_^ Sesungguhnya Allah bersama kita .




Sejak kebelakangan ni aku selalu layan lagu Istikharah Cinta by Sigma . Lagu yang terpasang kat blog aku inilaa. ^_^ Ni lirik dia :


Istikharah Cinta

Album : Istikharah Cinta
Munsyid : Sigma

Bersaksi cinta diatas cinta
Dalam alunan tasbih ku ini
Menerka hati yang tersembunyi
Berteman dimalam sunyi penuh do'a

Sebut nama Mu terukir merdu
Tertulis dalam sajadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman

Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjukmu
satu nama teman setia
Naluriku berkata

Dipenantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Pemenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu

Diistikharah cinta..



Ingin ditekankan di ini bahawa ini bukan lagu cinta , jiwang or whatsoeva . Tapi ini laguu tentang istikharah yang memacu ke arah cinta abadi. Pandai pandailaa korang tafsirla sendiri lirik dia. Lirik , melodi dan suara lagu ini memang sedap ! Tapi , aku rasa awkward dan pelik jap masa pertukaran lagu tang chorus. Rasa pelik coz macam tak masuk sangat kot. Tapi sebab chorus dia best terus aku abaikan 'benda' pelik tu. HAHA. XD



Hurmmm , apa lagi nak bagitau ? Ntahlaah , otak blurr pak tetibe. Ouhh ye! Baru aku ingat aku tak habis lagi buat 10 Days Challenge tu. Aku habiskan teruslaa balance yang tercicir.



Day Seven - Four turn offs

1) Stress. Benci neh !
2) Perempuan TERALU lemah lembut dah gedik. Lelaki perasan hensem .
3) Seseorang yang terlalu berfikiran negatif , memandang dengan pandangan 'judge' dan menjengkelkan.
4) Sengaja meyisihkan aku. Why ?? Timkaiiyaa ?? Whateva. Tak mati pun aku dengan layanan acuh tak acuh kau tu . =.=


Day Eight - Three turn ons


1) Bila spend time dengan family dan kawankwan. Tengok diorang senyum dan ketawa boleh buat aku happy ! ^_^
2) Nama aku terukir dalam manamana laman wether blog , buku atau hati seseorang.
3) Perjalanan hidup aku menarik sangat sampai rasa nak buat novel ! HAHAHA. *okayy, kau boleh perasan sorangsorang , syahida . =.=



Day Nine - Two smileys that describe your life right now

1) ^_^ . Ini tandanya aku happy ada makna . Ahahhaa.

2) :') . Smiley terharuuuuu ! Nak nangis sebak.



Day Ten - One confession


Setiap hamba ada confession . Sudah pastilaa kalimah :


'أشهد أن لا إله إلا الله وأشهد أن محمد رسول الله' -credit to wonderwall.


dan confession yang hanya aku dan Allah sahaja yang tauu. :)



Whoaa ! Habis gak aku buat Challenge neh. Hehehe. Hari ini aku puasa . Puasa sunat di bulan Rejab. Ramadhan pun nak dekat dah kan ? Korang dah ready ? Aku tak sabar nak puasa Ramadhan! Nak solat terawikh , tadarus quran , usrah. Alangkah bestnya saat tu. ^_^



Dan ................








lepas tu .......













RAYA !








Okayy , memang setiap tahun celebration ni paling ditunggu-tunggu. Tapi , percayalah Ramadhan lebih bermakna dari manamana bulan. Maka, janganlah kita sia-siakan bulan mulia ni ya , sahabat ! ^_^ Tinggal lagi sebulan 4 hari sahaja tirai Ramadhan bakal menjelma. Baiklah , aku nak stop menulis. Dan ye, post kali ni agak kelam kabut sebab pakat campur campur je nak tulis. Lantaklah .






p/s : sejak kebelakangan ini , bila aku online fesbuk mesti aku stalk 'friendship' dengan kawankawan . Rasa kelakar dan sebak pulak bila baca conversation doludolu. RINDU ! :')


p/s/s : adila syazwan , khairunnisa izahar , anis amirah , assyuhada , asmaa' zainal abidin , hajar mohammod , kau dan kau . Kalian sentiasa dalam doaku. Selamanya ... ^_^

12 comments:

khairunnisa izahar said...

syahida!!!!!!
siyes terharu o bace phrase yg last tu..kau pon sentiase dlm doa aku..syg ko.. :)

iqin othman said...

alhamdulillah, glad to hear you've changed for better.

Syahida _Masri said...

khairunnisa ,

aku memang hebak buat orang terharuu . haha. ah kau , jangan lupa aku sudaaah. maklumla kat negara orang :D

Syahida _Masri said...

iqin othman ,

alhamdulillah . ameen ~ doakan moga istiqamah ! :D

bunbun said...

pameran crafty? macam best je? hehe

khairunnisa izahar said...

x lupe kwn r beb!x de beza pon ngre org,haha

Syahida _Masri said...

bunbun ,

SANGAT BEST ! andaa yang kreatif haruss pergi :D

Syahida _Masri said...

khairunnisa izahar ,

baguss baguss ! sekali berkawan selamanya tetap kawan :D

aïchamasran said...

haha, lepas ni kte hangout lagi eh ... :D

Syahida _Masri said...

yeaah , itu pasti ! :D hehee

zida said...

sigma - istikharah cinta

peneman kami satu rumah di kala musim exam ni. fuhh kata2 yang sungguh mendalam! haaha

:P

amboi sya, makin cun aku tengok~

Syahida _Masri said...

zida ,

pi laa cari baitul muslim sekarang. HAHA. kau bodek ke hapee ni?