June 17, 2011

CFS IIUM , Nilai :)






Jap jap ! Tengah tiup habuk yang bersawang kat blog neh . Fuuuuhhh fuuuuhhh !*tiup.






Tergagau - gagau aku nak cari button 'New Post' . Kononkonon macam lama gila tak bukak blog , padahal baru seminggu tak update.




Alhamdulillah , aku dah selamat sampai ke CFS IIUM , Nilai pada hari jumaat lepas. So, aku dah start belajar course Human Science kat sini. Serius cakap, otak aku rasa ringan belajar course neh . Tak macam belajar Engineering . Hahaha.




Sem ini aku ambil enam subjek . English , Communication , Sociology & Antropology , History , Political Sciences dan B. Tilawah Quran . Semuaa subjeksubjek tu aku suka lebihlebih lagi sociology dengan communication. Seronok uh ! Dapat plak lecture yang syiokk dan best . :D




Tapi tapi kat kelas , aku sorang je student perempuan second year . Lagi dua orang lelaki dan selebihnya semuaa first year. Adesss , belajar dengan adik2 ni rasa lain macam bila tak ada kawan sebaya. Semuaa panggil 'Akak' ' Akak' . *kau tak tauu perasaan ni ? Rasa TUA . =.= . Tapi okayylaa coz rasa hormat tu cam lebih sikit. hee



Dulu kat PJ , bilik 4 orang je . Tapi sekarang duduk dorm 18 orang . Waaah , ramai dan meriah! Baikbaik semuaa depa tu. Alhamdulillah , aku senang nak ngam dengan orang. Rasa tak terasing even baru masuk seminggu. :)






Bila masuk Uia , Nilai ni, ada perasaan teruja dan nervous. Bercampur baur . Satu, takut takleh nak addapt dengan suasana baru , dua bangunan universiti tak macam u pun. Macam bangunan kedai. Pelik aku . Dan penat sikit sebab kelas aku almost kat tingkat tiga semuanya. :( Tiga , rasa teruja nak belajar course yang aku minat dari dulu . Psikologi ! Weeeee~





Apa lagi nak cakap eh ? Actually aku random je nak post blog ni. Nak bagitau yang aku bahagia belajar kat sini. Hehee. Seronok la even jauh dari rumah tapi aku dah boleh depend on diri sendiri. First time balik dari u ke rumah naik KTM. Nasib baik ada adleena . So, aku balik dengan dia. :)







Dan , aku rasa aku nak pakai tudung labuh bidang 60 tu baliklaaa. Aku ni dari dulu lagi cakap nak pakai tudung labuh, tapi ?? Aiseh ! Ni kompem . Class first day next week aku pakai balik tudung tu. Winduuuuu nak bertudung labuh !Bila bertudung labuh , rasa selamat dan terjaga. Rasa senang nak hadkan batas pergaulan. Rasa sejuk hati walaupun orang cakap panas. Rasa seperti menjadi diri aku yang dulu balik . ^_^





saje nak bagitauu , I can spend time till 4 am just sit in front of lappy without doing anything.




p/s : Jika mereka sibuk mencari cinta ,
Biarlah kita sibuk mencari iman ,
Jika mereka sibuk mencari pasangan ,
Biarlah kita sibuk mencari keredhaan ,
Jika mereka menangis kerana kecewa bercinta ,
Biarlah kita menangis kerana mengenang dosa-dosa semalam,
Jika mereka cintakan kemanusiaan ,
Biarlah kita cintakan Tuhan ,
Jika mereka mendambakan duniawi ,
Kita pula dambakan ukhrawi ,
Cintailah DIA . ^_^


- dari roti92 yang jauh di Yaman.

16 comments:

Anonymous said...

study socialogy.....wahhhh...bguss..gud luck ....

aïchamasran said...

goooood luck dekat nilai ! all the best ! :)

umira said...

awak tukar kos? tp baguslah,kalau itu pilihan hati awak kan. gudluck study hs. mesti da byk ilmu kan kutip kat cfs nie. engineering plus hs. :D

tudung labuh? saya selalu harap nak pakai tudung labuh. but i dunno how to start. T_T

khairunnisa izahar said...

happy dgr ko ok je kat sane..all da bes syidot..n ayt yg last2 tu bes :)

khairunnisa izahar said...

syidot,happy dgr ko ok je kat sane.. all da bes k :)hope ko dpt ape yg ko nak..

aïchamasran said...

goood luck di nilai ! all the best !

Syahida _Masri said...

anonymous ,

yup , study sociology . seronok ! thanks yaww! :D

Syahida _Masri said...

aicha masran,

terima kasihhhh ! hehee. Jumpa di Gombak ye , kawan :D

Syahida _Masri said...

umira ,

alhamdulillah , rezeki belajar ada di mana-mana. ini semua aturan tuhan. Kite follow je. :) Doakan kite dapat go on in HS eh . hehee . ameen ~

btw, kite yakin awak boleyy je bertudung labuh. Nak seribu daya , tanak seribu dalih. ye dok ? Allah kan ada . :)

Syahida _Masri said...

Khairunnisa Izahar ,

Thanks , kawan ! Doakan aku ehh. kau pung sama kat Alexandria tuh. Balik malaysia bawa tittle Dr. Bangga aku jadi kawan kau . :D

:: Zahratu Billaurah :: said...

Wah~~~!!! Syahida ajar la b2 psikologi! ^_^

sedap kan duk dkt NIlai, rasa mcm duduk dkt rumah, aha~ bangunan dorm=rumah. blok kelas=sekolah. kedai pak cik, mak cik = dapur. kiosk=kedai. Giant, Nilai Square, Tesco = supermarket. aha~

b2 sokong Syahida pakai tudung labuh, xpe. perlahan2 ^_^

Syahida _Masri said...

Zahratu Billaurah ,


Bereeeh je nak ajar psikologi. Kita belajar samasama. Bitu pong dah hebat bagi nasihat dan memahami orang. Kira dah pandai psyko laa. hehehe. Memang heaven dok Nilai. Rasa macam kat syurga makanan. Kiri kanan gerai. HAHA

Thanks sokong Bitu. Terharuuu :')

adil said...

WAAAAAAAAAAAAHHH kak Syahidaaaaaa =p Kakak sihattt?? hehe comel je =)
All the best tawww kat sane ^^,

Syahida _Masri said...

adila,


AHAHA, comel + ayu + TUA. =.=
Thanks , btw . :D

bunbun said...

hoho gudluck!

sem baru ni~ hehehe


eh kenapa belajar nagn budak 1st year? huhu kurang paham sikit. beserlah busak asasi je. huhu

Syahida _Masri said...

thanks cik bunbun ! :))
merekaa setahun lebih muda. so, pakat2 panggil 'akak' . hahaa. XD