Skip to main content

Day Six - Five people who mean a lot (in no order whatsoever)

Ya Allah penatnyaaa jadi seorang isteri dan ibu !!! Rasa letih sangat ! Exhausted ! Asal tetiba aku cakap macam tu ? Sebab dari pagi tadi lagi aku buat kerja suri rumah tangga tanpa henti . Non-stop !




Bangun tidor lepas subuh terus sapu bilik aku , bilik adik , bilik makayah.
Lepas tu kemas katil , rak buku , baju baju baju dalam almari .
Then , basuh baju manual . Manual tauu , pakai tangan . Tak main laa mesen basuh. 3 jam baru selesai . Fuuuh !
Pastu , turun buat sarapan , makan.
Buang sampah .
Then , siang ayam dan ikan yang baru beli kat pasar .
Pastu masak untuk makan tengah hari plak. Tanak nasi ,kupas bawang ,potong dan blend terus. Goreng ayam , buat sayur kuah ikan bilis then tolong mak masak ketam cili api.


sebenarnyaa muka aku tak senyum pun cam dalam gambar ini. Penat weii, muka penat .



Pastu ni baru dapat rehat sekejap. Kang petang ini nak basuh kereta pastu siram pokok bunga . Mak aiihhh ! Rajinnya aku hari ini. Bukan apa, bibik aku dah habis kontrak. Dia dah balik negara tercinta dia kat Endon sanaa. So, takkan aku nak biarkan mak aku sorang je buat semua kerja kerja kat rumah ini . Tanak aku di cop anak derhaka . Nau'zubillahh.



Lagipun aku sorang je perempuan dalam familyy nih. Nak harapkan adik adik lelaki akuu ? Sampaii kiamat pun tak bergerak weii. Sadis ! Lebih lebih lagi aku nak jadi perempuan melayu terakhir yang pandai masak , pandai jahit , pandai kemas rumah , pandai bawa diri. Eceeeh , semuaa lah aku nak pandai . Biar senang sikit masa depan. Hehee. Okayy , macam dah lari tajuk. HAHA.



Sebenarnya aku nak post tentang cabaran 10 hari tu. Aiseeeh . Hehee.
Kali ini tentang 5 orang terpenting dalam hidup aku :


1) Semesttinya laaa Mak dan Ayah aku ! Tiada parents yang lebih baik dari mereka berdua. Sayang selamanya sampai mati .


2) Sahabat dan kawankawan akuu. Kalau diorang tak ada hidup aku sunyi.


3) Adik adik akuu yang nakal , annoying dan comel :D


4) Si dia yang dah tertulis namanya di Luh Mahfuz . Allah tau yang terbaik !


5) Nabi Muhammad S.A.W . Sungguh aku rindu nak bertemunya. :')




Hurmmm, dah siap ! hehee


Sekarang aku tengah fikirkan . Mana satu lagi best ?

Antara

1) kita rasa diignore , tapi hakikatnya always diingati ke atau
2) kita selalu dilayan hanya sekadar menghilangkan bosan .

Mana satu menjadi pilihan ?

Comments

Amie 구름. said…
kita rasa diignore , tapi hakikatnya always diingati ? haha. i prefer that kot.
Syahida _Masri said…
kan ? kite pun prefer yang tu. insyaAllah dengan jarangnya berhubung hati lebih terjagaa.

ingati dalam doa sudah lebih dari cukup :)

Popular posts from this blog

Mini Showcase Fitri Haris

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Hari ni nak sambung post yang lepas. Pasal Mini Showcase Fitri. Actually aku tau last minit pasal showcase ini, ada ajak sorang kawan aku ini minta temankan sekali, last minit juga. Then, untuk dijadikan cerita, aku pun bertolaklah dari rumah pukul 11. Bajet 2 jam perjalanan. Sebab event tu start pukul 1.30 kat UKM. Sampai je kat Stesen UKM aku solat dulu. Then naik teksi terus straight ke UKM. Aku tak keseorangan sebab kebetulan kawan aku yang sama-sama belajar kat kolej KPAKK pun join gak. Terus nampak dia kat depan pintu nak daftar tu. Salam salam dan tanya khabar gaya macam dah lama kenal padahal masa belajar dulu tak pernah pulak borak ngan dia,Then aku terus  duduk sebelah dia dan kawan dia. Kawan yang kata nak teman aku tu, tetibe cancel last minit. Gerak hati aku dah agak dah dia tak jadi teman. Berhuhuhu je lah aku.





Sampai-sampai je terus daftar dan bayar rm8. Fitri kata dia tak ambil sesen pun duit rm8 tu, tapi dia salurkan duit tu…

Baju kurung dan kasut sukan .

Termenung jap. Tengah fikir nak post apa. Otak blurrr sebab banyak sangat benda benda kecik yang macam bebola ikan kat tengah berlegar-legar dalam fikiran aku. *apakah ?? I mean assignment, quizess, presentation semua tu dah berkurang. So, macam tulaa. Okay, abaikan . aku merepek je. ( hakikatnya = Assignment takkan berkurang )




Saje letak gambar ni. Rinduu mak ! :')





Pendahuluan aku sangat laaa sadis. Apesal nih ? Apesal aku macam kelu lidah nak berkata-kata. Aku kan Kamus Pustaka Dewan dan Bahasa. Mana hilang vocab melayu aku? Huarggghh!! Ni semua assigment political sciences punya pasal! 5 hari aku hadaapp komputer pastu tibai segala benda pasal politik dalam English . Dalam english plak tu! Kau tau english aku sangatlah menonggeng. Apa kau rasa bila kau ada banyak benda nak cakap , tapi tak terluah sebab kau tak tau istilah khas untuk perkataan itu dalam english.Aku rasa macam ni ..... Bleeerghhhhhh ! Penat ! Sekejap sekejap gi google translate. Pastuh plak si Pak Google…

Cara dan Tips Untuk Sembuh dari Depression dan Anxiety

Assalamualaikum semua. Alhamdulillah kali ini baru aku ada kesempatan untuk menulis. Memang sejak dua menjak ini aku selalu fikir macam mana aku nak share ngan korang tips untuk sembuh dari depress and anxiety. Setiap malam aku recall dan flashback balik ke tahun turning point aku dimana peralihan dari masa aku sakit sampai aku sembuh. Apa yang aku buat waktu itu? Apa yang aku amalkan? Okay so aku straight to the point je k. Aku akan share semua amalan yang aku buat so that korang yang sakit pun boleh sama-sama amalkan dan terus sihat . InsyaAllah dengan izin Allah.


Okay first all. Ada empat dimensi penyembuhan. 

1. Biologikal
Perjumpaan dengan pakar psikatri, ubat-ubatan dan sebagainya.

2. Psikologikal
Teknik untuk mengawal dan berhadapan dengan perasaan,pemikiran dan tindakan pesakit.

3. Sosial.
Sokongan dari keluarga dan kawan-kawan

4. Spiritual.
Dari segi agama,hubungan dengan Tuhan.


 Okay kenapa diceritakan tentang dimensi penyembuhan? Kerana setiap dimensi ini perlu. Setiap orang perlu am…