Skip to main content

Air mata

Semalam ,

Allah hadirkan rasa sedih sehingga air mata aku bergelinangan. Air mata yang lahir dari hati yang kecewa dan remuk .


Air mata semalam mengalir buat kali kedua. Perit dan seksa . Luluh sekali .


Namun , sejujurnya manusia bodoh sahaja yang mudah menitiskan mutiara jernih ini. Salah masa dan salah tempat . Tak patut . Mustahil . Mana mungkin .


Tak patut sama sekali aku dengan mudahnya menangis kerana hal itu. Hal yang bodoh .




Oh , Tuhan ! Tabahkanlah hati aku dalam menanggung rasa cinta ini. Dibuang payah , dilempar susah . Dinafikan apatah lagi .


Salurkanlah perasaan ini hanya untukMu , Ya Alah


Gantikan rasa cinta ini sebulat-bulatnya padaMu , Ya Rahman


Tutupkanlah pintu hatiku untuk mana-mana lelaki ajnabi , namun kau bukakanlah seluas-luanya hanya bagiMu.


Itulah sebaik-baik cinta. Cinta kekal abadi . Hanya pada Illahi.


Tidak pernah mengecewakan dan tidak akan dikecewakan . Selama-lamanya .






Namun pagi ini ,

Dia sapu air mata itu. Dia kesat bait bait mutiara yang jatuh .

Alhamdulillah .

Allah itu Maha Menyenangkan . Dia tenangkan hati aku dengan result yang mampu buat aku tersenyum. Syukur !

Aku harap , berbekalkan result gpa short sem ini , dapatlah aku tukar course yang aku nak. InsyaAllah. :)


Lihat , aku dah kata cinta pada Illahi tidak pernah mengecewakan .




Air mata yang mengalir kerana Allah itu lebih bernilai .


p/s : Kepada kau , tolong pergi jauuuuh jauuuh . Pergi dan jangan tinggalkan jejak . Malah , jangan bagi harapan sekalipun dan jangan sebut nama aku lagi . terima kasih . Begitu banyak sekali 'jangan' , namun jangan itulah yang terbaik.

Comments

Farahin Ahmad said…
sometimes it make us hurt so much

but believe that there are more good

things behind it and the most

important thing is it make us

stronger to face the life.

:)
syahida _masri said…
your words make me calm . thanks , awak ! :')
Anonymous said…
saya tunggu awak,take care,,,Biar Allah jg awak utk saya,,

-yang menunggu
syahida _masri said…
anonymous ,

ehh ? apakah ?

Popular posts from this blog

Mini Showcase Fitri Haris

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Hari ni nak sambung post yang lepas. Pasal Mini Showcase Fitri. Actually aku tau last minit pasal showcase ini, ada ajak sorang kawan aku ini minta temankan sekali, last minit juga. Then, untuk dijadikan cerita, aku pun bertolaklah dari rumah pukul 11. Bajet 2 jam perjalanan. Sebab event tu start pukul 1.30 kat UKM. Sampai je kat Stesen UKM aku solat dulu. Then naik teksi terus straight ke UKM. Aku tak keseorangan sebab kebetulan kawan aku yang sama-sama belajar kat kolej KPAKK pun join gak. Terus nampak dia kat depan pintu nak daftar tu. Salam salam dan tanya khabar gaya macam dah lama kenal padahal masa belajar dulu tak pernah pulak borak ngan dia,Then aku terus  duduk sebelah dia dan kawan dia. Kawan yang kata nak teman aku tu, tetibe cancel last minit. Gerak hati aku dah agak dah dia tak jadi teman. Berhuhuhu je lah aku.





Sampai-sampai je terus daftar dan bayar rm8. Fitri kata dia tak ambil sesen pun duit rm8 tu, tapi dia salurkan duit tu…

Baju kurung dan kasut sukan .

Termenung jap. Tengah fikir nak post apa. Otak blurrr sebab banyak sangat benda benda kecik yang macam bebola ikan kat tengah berlegar-legar dalam fikiran aku. *apakah ?? I mean assignment, quizess, presentation semua tu dah berkurang. So, macam tulaa. Okay, abaikan . aku merepek je. ( hakikatnya = Assignment takkan berkurang )




Saje letak gambar ni. Rinduu mak ! :')





Pendahuluan aku sangat laaa sadis. Apesal nih ? Apesal aku macam kelu lidah nak berkata-kata. Aku kan Kamus Pustaka Dewan dan Bahasa. Mana hilang vocab melayu aku? Huarggghh!! Ni semua assigment political sciences punya pasal! 5 hari aku hadaapp komputer pastu tibai segala benda pasal politik dalam English . Dalam english plak tu! Kau tau english aku sangatlah menonggeng. Apa kau rasa bila kau ada banyak benda nak cakap , tapi tak terluah sebab kau tak tau istilah khas untuk perkataan itu dalam english.Aku rasa macam ni ..... Bleeerghhhhhh ! Penat ! Sekejap sekejap gi google translate. Pastuh plak si Pak Google…

Heliza Tiru Style Aku. Tak boleh blaaa.

Ok, korang kena tipu. HAHA. Aku yang berangan-angan nak tiru style dia adalah. Hehee.




Wow, sungguh ! Dia memang canteeek. tapi part mekap tebal aku tak berkenan.



Aku suka heliza sangat-sangat! Sebab dia macam aku. Ke aku macam dia ? HAHA. Ntah laa, tapi yang pasti aku suka semua pakaian dia. Up-to-date dan bergaya tapi pada masa yang sama still menutup aurat. Artis Paling Sopan Berpakaian jatuh kepada Heliza Helmi. Tahniah !



Rajengnya study


Lagi satu en, dia ni bukannya sopan sangat sesopan pakaian dia, perangai dia pun gila-gila tau. Sengal semacam je. Aku selalu follow blog dia dan page kat fesbuk. Memang senget sikit kepala dia tapi dia suka publish status yang islamik, selalu ajak kita solat , saling mengingatkan antara satu sama lain. Sukalah dia. hehee.




Family dia. Happy je.



Stylenya baju dia. ;D




Comey. Hee.




Sengal uh dia. Time ni dia kat universiti. Dalam kuliah.




Kan aku dah cakap dia sengal. HAHA !




Aku suka ini. Sebab dia berjubah. :)




Ada video dia nyanyi lagu Chord G ni. Best ! Try…