Skip to main content

Apa rasa ..

Assalamualaikum , Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang :)


Aku baru je khatam satu novel tajuk Contengan Jalanan by Hlovate. Lepas aku habis baca novel tu , aku rasaa macam cool yaww hidup style underground neh. Hidup dikelilingi musik , lepak lepak , ada group , jamming , grafiti , sketchbook sana sini. Ni semua art dan 'Art is not meant to be understood but it is meant to be appreciated ' dan ' There is no such wrong thing in art '. *cilok ayat dalam novel tuh.


Ni cover novel tu . Sempoi je .


Sememangnya jiwa aku memang macam tu dari dulu kalau aku tak masuk sekolah agama masa form 1 . Kalau aku stay sekolah biasa dah lama aku pukul drum , main gitar , tekan piano dan pergi jamming ke dan macammacam lagi yang berkait dengan benda alah tu. Tapi , Allah dah tentukan hidup aku macam yang sekarang ni , aku follow je . Aku merancang , Allah merancang dan sememangnya rancangan Allah yang terbaik kan ?






Aku ada follow satu blog neh . Dia kaki jamming tapi kuat iman . Huhuuu. Bagus betul.
Macam mana dia balancekan antara dua tuh ? Ahaaaa , tu kita tak tau . Tapi sekurangkurangnya dia dapat buat apa yang dia minat , dia happy dan at the same time dia tak lupa tuhan. Okaayyy laa. Aku kagum dengan dia sebab dia bukan dari sekolah agama tapi dia mampu membahagikan masa antara minat dan syariat .


Mungkin aku macam ini kalau aku pilih muzik dari dulu

Tapi , kalaulah aku mesti aku tak mampu nak tepis godaan dalam suasana hidup melepak dan jamming tak tentu hala. Sebab aku memang cepat hanyut dan terpengaruh dengan keadaan persekitaraan yang negatif dan sosial. That's why laa aku ambil langkah bejagajaga dengan elakkan terus dari terlibat benda benda macam neh. Tapi , aku terlepas banyak benda yang interesting bila aku bina tembok dinding dengan something yang aku minat . Muzik dan artwork . Huhuuu .


Tapi aku hanya mampu lihat je instrument musik dari jauuuh , padahal dalam hati NAK SANGAT MAIN !



Sekarang ni ,aku cuma nak kita samasama renungkan ,


Apa kau rasa kalau ada sorang mamat ni kaki jamming , pakaian rock kapak , gitar lekat kat tangan tapi tolong makcik lintas jalan ? Sweet en ?


Apa rasa kalau seorang lelaki berjiwa rock habisss dan rambut ala ala terpacak macam duri diasah tapi dukung budak kecil , bagi lolipop then pujuk dia dari menangis . Sweet en ?


Apa perasaan kalau kita tau dia hati batu , keras kepala, degil tapi bila dengan perempuan ayu dia hormat sangat pendirian perempuan tu? Tabik en ?



Dan apa rasa kalau suatu hari nanti ketiga-tiga lelaki ini berubah menjadi lelaki yang sentiasa pegang al-quran , pakai songkok di kepala , berjiwa tenang dan solat tak pernah tinggal?



Verily , man is in loss . Except those who accepted faith , and did good deeds and urged one another to the truth - and urged one another to have patience. ( Al-Ashr ; 2-3)



Tak mustahil manusia boleh berubah kan ? 360 darjah perubahan milik Dia . Who knows ? Hati manusia Allah yang pegang. We can't say and judge anything . Allah tau apa yang Dia buat . Percaturan dan aturanNya tak pernah silap sebab Dia Maha Agung .


Dan sebenarnya itulah motif dan mesej yang novel Contengan Jalanan ni nak sampaikan. Novel ini sangat sangat berkesan. Siapa yang rasa dia nak berubah menjadi lebih baik, aku syorkan bacalaa. Memang tak ada cintan cintun .Serius aku cakap inilah novel Hlovate yang terbaeeek selepas novel Versus dan A+B .


Aku promote lagi sekali, bacalah ! Hlovate mampu membawa pembaca ke dalam dunia dia sekaligus menyentuh hati kita . Banyak quote menarik dan potongan ayat quran yang diselit dalam novel tu . Such a perfect novel ! :))



aku nak pakai shawl !

Okaayyy , sekarang ini aku tengah berdebar . Banyak benda . Antaranya :

1) ada orang ajak aku bertunang . *okaayy , boleh terkejut beruk ramai ramai .
2) umur aku dah nak masuk 20 tahun . *oh myyyy , dah boleh consider yang no 1 tuh
3) asyik mimpikan orang yang sama .
4) terasa macam ada orang stalk aku wether via fb , blog mahupun tumblr. 0.o
5) aku rasa macam jangka hayat hidup aku tak panjang . :( Gusar sangat !



Ya Allah , Kau tidak akan membebankan hambaMu dengan dugaan dan ujian yang tidak mampu ditanggung oleh merekaa. Sesungguhnya aku yakin dengan percaturan hidupmu ya tuhan. Kali ini aku harap Allah bagi aku petunjuk yang sebaikbaiknya , aku kata ? Naluri hati . Ya raabb , jika tak berhasil , kepadaMu aku berharap !


p/s : tayah nak stalk aku sangat laaaa. Face to face la. Ada beraaaan ?

Comments

♥ Nabiha Noor said…
masya ALLAH. kawen kak ? ajak tunang!
ok, pepe un, akk kne fikir, toltol k? pepe, gtaw ! hikhik* ehem, sape?
♥ Nabiha Noor said…
masya ALLAH. kawen kak ? ajak tunang!
ok, pepe un, akk kne fikir, toltol k? pepe, gtaw ! hikhik* ehem, sape?
n.a.d.i.a said…
oh myyyyyy
my frennn nak tunanngggggg
hope kau wat keputusan terbayekk !
hope segalanya2 lancar sajaa
bawak bertenanggg ! :DD
Syahida _Masri said…
biha ,

akak tak kenal laa sape. muka pun tatauu , dia guna orang tengah. huhuu, tanak kawin dan tunang lagi . NAK ENJOYY LU !
Syahida _Masri said…
nadia ,


belum lagi laaa sayang . Baru je ajak. aku tak moo okayy . tak mo. awal lagi kott. hukhukk. cuak kebebe akuu.
Anonymous said…
ish, cpt giler nk kawin.bkn nk tggu aku. sedih2x.
Syahida _Masri said…
ehh , ada lagi anonymouse neh ? sape ntaah . aku takkan kawin laa selagi belum 25 tahun . fullstop !
cik bunbun said…
eh btui ka ada orang ajak tunang? feewwiiit. haha



kenapa bunbun xtaw novel baru da keluar =,=
Syahida _Masri said…
cik bunbun,

ahaaa, mamat tuh guna orang tengah. ntah dia seyes ke tatau laa.
yup, novel ni dah sebulan kat pasaran. :)
lil caliph said…
no offense, syida. tapi no 5 tu dekat dengan hati mye :'(
Syahida _Masri said…
err, tulaah rasa hati gelisah je. takut tak sempat nak cukupkan bekal amalan :(
nemesis3891 said…
nak kawiiin dah die ye.. huhu
Syahida _Masri said…
em , belom lagi laaa =.=
Zahra Ameerah said…
eh, bg link blog yg awk kate, main gitar tp kuat iman tu. Hehe.

btw, tunang jgn lupe jemput, kawen tak ajak siap ye. Haha
Syahida _Masri said…
ermm , nanti kita inbox akak kat fb ehh link blog dia :)

of course laa jemput akakk. tapi 5 tahun akan dtg la. heee
e'ka zulaikha said…
nak cari jugak novel hlovate! :D tertarik sebab ramai yang baca dan suka :)
Syahida _Masri said…
All collection Hlovate semuaa bestt ! hehee. btw , haii kawan imran :)
melle amir said…
ada orang ajak bertunang? pehh
Amie 구름. said…
salam syahida. baru dapat singgah blog u. busy je sekarang ni. ceceh !

okay i pun suka laki gitu. cuba bayangkan muka metal, tapi sweet gitu & respek dengan perempuan. peh ! :)
pergh..gile r..da nk tunang..x caye..sape laki tu??btw,org yg ko mimpi tu..tutt ke??
Anonymous said…
pergh, hotstuff.


miahahaha XD

-matadore-
Syahida _Masri said…
melle ,

err, aku tatauu sape orang tuh . dia guna orang tengah . huu
Syahida _Masri said…
Amie 구름,

ahaaa, cam unik je lelaki cam tuh. sebab kita tak sangka the other charachter side dia. sweet en? hee
Syahida _Masri said…
khai , akuu rasa tanak fikir pasal tunang ke hapee lagi . cuak cuak. huu .btw, orang yg aku mimpi tuh , ENTAHLAH . hahaa.
Syahida _Masri said…
metadore ,


aishh , mana ada. biasa je . hee

Popular posts from this blog

Mini Showcase Fitri Haris

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Hari ni nak sambung post yang lepas. Pasal Mini Showcase Fitri. Actually aku tau last minit pasal showcase ini, ada ajak sorang kawan aku ini minta temankan sekali, last minit juga. Then, untuk dijadikan cerita, aku pun bertolaklah dari rumah pukul 11. Bajet 2 jam perjalanan. Sebab event tu start pukul 1.30 kat UKM. Sampai je kat Stesen UKM aku solat dulu. Then naik teksi terus straight ke UKM. Aku tak keseorangan sebab kebetulan kawan aku yang sama-sama belajar kat kolej KPAKK pun join gak. Terus nampak dia kat depan pintu nak daftar tu. Salam salam dan tanya khabar gaya macam dah lama kenal padahal masa belajar dulu tak pernah pulak borak ngan dia,Then aku terus  duduk sebelah dia dan kawan dia. Kawan yang kata nak teman aku tu, tetibe cancel last minit. Gerak hati aku dah agak dah dia tak jadi teman. Berhuhuhu je lah aku.





Sampai-sampai je terus daftar dan bayar rm8. Fitri kata dia tak ambil sesen pun duit rm8 tu, tapi dia salurkan duit tu…

Baju kurung dan kasut sukan .

Termenung jap. Tengah fikir nak post apa. Otak blurrr sebab banyak sangat benda benda kecik yang macam bebola ikan kat tengah berlegar-legar dalam fikiran aku. *apakah ?? I mean assignment, quizess, presentation semua tu dah berkurang. So, macam tulaa. Okay, abaikan . aku merepek je. ( hakikatnya = Assignment takkan berkurang )




Saje letak gambar ni. Rinduu mak ! :')





Pendahuluan aku sangat laaa sadis. Apesal nih ? Apesal aku macam kelu lidah nak berkata-kata. Aku kan Kamus Pustaka Dewan dan Bahasa. Mana hilang vocab melayu aku? Huarggghh!! Ni semua assigment political sciences punya pasal! 5 hari aku hadaapp komputer pastu tibai segala benda pasal politik dalam English . Dalam english plak tu! Kau tau english aku sangatlah menonggeng. Apa kau rasa bila kau ada banyak benda nak cakap , tapi tak terluah sebab kau tak tau istilah khas untuk perkataan itu dalam english.Aku rasa macam ni ..... Bleeerghhhhhh ! Penat ! Sekejap sekejap gi google translate. Pastuh plak si Pak Google…

Heliza Tiru Style Aku. Tak boleh blaaa.

Ok, korang kena tipu. HAHA. Aku yang berangan-angan nak tiru style dia adalah. Hehee.




Wow, sungguh ! Dia memang canteeek. tapi part mekap tebal aku tak berkenan.



Aku suka heliza sangat-sangat! Sebab dia macam aku. Ke aku macam dia ? HAHA. Ntah laa, tapi yang pasti aku suka semua pakaian dia. Up-to-date dan bergaya tapi pada masa yang sama still menutup aurat. Artis Paling Sopan Berpakaian jatuh kepada Heliza Helmi. Tahniah !



Rajengnya study


Lagi satu en, dia ni bukannya sopan sangat sesopan pakaian dia, perangai dia pun gila-gila tau. Sengal semacam je. Aku selalu follow blog dia dan page kat fesbuk. Memang senget sikit kepala dia tapi dia suka publish status yang islamik, selalu ajak kita solat , saling mengingatkan antara satu sama lain. Sukalah dia. hehee.




Family dia. Happy je.



Stylenya baju dia. ;D




Comey. Hee.




Sengal uh dia. Time ni dia kat universiti. Dalam kuliah.




Kan aku dah cakap dia sengal. HAHA !




Aku suka ini. Sebab dia berjubah. :)




Ada video dia nyanyi lagu Chord G ni. Best ! Try…