Skip to main content

My sahabat's note at FB

"Dah tau dosa, kenapa buat lagi?"
Kenapa? Why? Tim Kaiya? Porque?

Okay cukup aku tak pandai sangat bahasa-bahasa ni.
Sebelum aku pergi dengan lebih lanjut,
Aku nak remind diri aku dengan kejadian lutut berdarah.


Masa satu hari tu aku pakai kasut bukan jenama Prada balik dari studio GC (graphic communication), aku dan kawan kawan yang jelita dan baik baik belaka pergi ke UKC (Umar Al-Khattab College) untuk membeli makanan tengah hari.
Aku tak tahu ape sebab hari tu , asyik nak tersungkur ja. Selalu tak pun. Okay ya aku seorang yang klutzy. I shoud really get rid of this perangai yang tak senonoh.
Dalam cafe yang ramai lelaki tu, of course lah ramai lelaki because cafe lelaki. Ada jugak sisters lain yang beli makanan dekat situ.
Tiba-tiba nak tersungkur. Okay sangat malu. Jangan bayangkan.
Tapi tak jatuh, sebab aku buat gaya matrix. Okay tak, aku tak buat, itu hanya dalam imaginasi. Cool gila kalau tiba-tiba aku buat gaya matrik. Tapi masa tu tengah pegang makanan dalam polisterin. polysterene. polisentriwantujaga. tak tau eja. tolong aja.
Okay so the point is. Aku hampir terjatuh dan aku sangat malu.

Seterusnya, aku keluar dari bangunan UKC dan menuju ke KC (khadijah college) tibatiba aku terjatuh terlanggar tebing jalan. makanan masih statik di tangan. aku jatuh melutut. royal tak? ha ha ha
ya, lutut berdarah.
disebabkan tadi aku dah cover cun tak mo terjatuh dalam bangunan UKC jadi sekarang aku malas nak malu dah. serius, miza tanya, kau ok ke? aku oke, malaslah nak malu. aku terus diam dan terus jalan macam biasa.

Okey boleh kaitkan dengan tajuk tak?



Diam aku pada itu memikirkan sesuatu.
Rupa-rupanya manusia boleh memilih untuk malu atau tidak!

Malu itu sebahagian dari iman. Sungguh feymes kata-kata ini. Hadith bukan?
Al-Haya' minal Iman.

Sama macam orang yang korek hidung depan public, selamber itik beb!
Sama macam orang yang kuat mencuri, mesti lah terpikir kan, tak malu ke curi barang orang?
Sama macam orang yang guna facebook untuk stalk orang.
Sama macam jadi anonymous dekat blog aku lepas tu komen lucah-lucah, tak pepasal.
Sama macam orang yang 'susah' baca Al-Quran hari hari sebab perasan sibuk dengan urusan dunia.
Sama macam orang yang tak sempurna tutup aurat.
Sama macam orang yang sembahyang ala kadar tapi bila nak jumpa member lagi kemas dari 'jumpa' Allah.
Oke dah banyak.

Semua kes tak tahu malu kan?
Ya, benar benar benar.
Tapi tak, salah salah dan salah.
Bukan tak tahu malu, tapi memilih untuk tidak malu.
Dan?
Takde dan dan. Saje taip.

EH tiba tiba sama dengan blog aku punya moto
"Sebenarnya kita memilih untuk menjadi hamba yang terbaik/perasan baik/hampeh"
Tapi tuka : Sebenarnya kita memilih untuk menjadi hamba yang pemalu/tak tahu malu/perasan pemalu tapi sebenarnya tak pun


Ya, kita diberi kuasa untuk memilih oleh Dia.
Tapi kalau dah tau perangai mana yang bengong dan yang mana baik, buat apa nak pilih jadi bengong, kan?
Aku teringat ada seorang atheis tu tanya, kalau betul Allah itu wujud, kenapa Dia buat ada hambaNya yang boleh pilih agama dan boleh tak percaya Dia wujud?
Jawapan : sebab ya, Allah bagi pilihan tapi Allah juga bagi otak untuk kau pikir mana yang bodoh yang mana cerdik. dan ya, otak kau tahu mana baik mana buruk tapi nafsu dan diri tak nak ikut. Apa degil sangat ni?
Jawab diri : Oh , setan rupanya. Tapi lepas tu tak buat apa-apa tindakan for self enhancing pun?
Macam ni la manusia tipikal, lagi senang tuding jari dekat orang lain without tengok diri dulu.
Ada pepatah yang menyokong apa aku cakap ni , bacteria at the other land you can see, elephants under your nose you cannot see! hohh


Ya, kita diberi kebebasan memilih!
Sebab itu takde paksaan dalam beragama, (La Ikraha Fiddin) sebab Allah expect kau pandai pilih apa yang baik dan buruk dalam dunia, tapi kalau kau dah memang orang islam pada nama dan cara, kau memang bijak memilih, tapi kadang-kadang boleh jadi kurang pandai sebab memilih dalam carrying out tuntutan agama.
"dan masuklah ke dalam agama islam sepenuhnya.."
..cuba teka ayat apa? (cabaran cari ayat quran)
ayat ni Allah turunkan dekat orang yang beriman, marilah kita rasa beriman dan ikut ja ayat ni
tapi kalau tak rasa malu, buat lah mana part islam yang kau suka dan tinggalkan mana yang kau tak suka..
tapi Allah dan cakap awal-awal, yang mana Dia larang tapi kau buat Dia masukkan kau dalam neraka..dan Dia malu kalau tak buat apa yang Dia dah janjikan..(sebagaimana Dia janji nak bagi syurga dekat orang orang yang malu dengan Dia lalu selalu buat baik) OH.. ISK..



Macam solat, liat kemain. Lalu kau pun memilih untuk solat later sebab aktiviti berfesbuk dan cerita korea itu lebih penting! (oh, sedihnya jadi diri ini! bertaubatlahhhh)


Okay aku malu sebab aku tengah dengar lagu Linkin Park- (Breaking the habit) tadi, so aku tutup dan nak dengar lagu Opick- (Taubat) pulak.
Dan sila malu jika anda sedang baca blog ni tapi tak sembahyang lagi.
Dan malu lagi jika ilmu semakin banyak tapi amal tak de beza pun.
Dan malu jika hati yang kat dalam ni lebih banyak bermonolog tentang dosa manusia lain tapi dosa sendiri rasa macam takde.
Dan malu sebab lagi suka dengar lagu LP dan Paramore (isk) daripada dengar orang baca ayat Al-Quran.


Oleh itu , jika anda dalam proses men'develop' nilai ikhlas, maka anda digalakkan sangat-sangat untuk develop rasa malu lebih-lebih lagi bila sorang-sorang maka nilai iman juga akan menjadi lebih genuine .(kalau tak tahu cara nak sebut dengan betul sila rasa malu dan bukak thesaurus online dan dengar pronunciation) . percayalah.
dan suatu hari nanti aku akan menjadi kembali rajin buat essay english sebab english aku semakin teruk. aku taip 'went' bila actually aku nak taip 'when', ya rabbi.


Dengan itu, pilihlah untuk menjadi malu dalam hal-hal yang sepatutnya, bukan malu nak tanya lecturer time dalam lecture class, atau malu menjadi orang yang pertama sampai bila orng kata meetin pukul 9 tapi kau sampai awal gila.
orang-orang yang datang lambat tu sepatutnya malu sebab kacau estimate time meeting tapi kenapa kau yang datang awal malu sendiri? oh aku tak faham. mungkin kau malu sebab kau sorang je dekat situ bila orang lain tak datang lagi? tak faham!


silalah malu pada tempatnya.
sekian terima kasihhh.


Ps : benda baik kita sebar-sebarkan, menda buruk kita sorok-sorokkan. Insya Allah, Allah akan tutup aib kita diakhirat kelak jika kita tutup aib orang lain. Dan janganlah gembira ceritakan aib sendiri pada orang lain. Malulah! awww


Currently : Makin banyak tanggungjawab. Kena pandai tanggung, pandai jawab. Hiyah! kenapa tiba tiba jadi program coordinator neh. semoga partner saya seorang yang rajin, amin. and fardhu ain group, and usrah, and committee biro pub pro (yey semoga dapat buat poster). and assignment graphic communication, and model environmental design. now we are calling it architorture and environMENTAL design :)


maka yang sangat perlu lebih malu itu aku, sebab selalu sangat lupa nak remind diri untuk malu.
memang aku tak tahu apa yang kau buat, jadi tak payah malu dengan aku, tapi Dia tahu, Dia dengar, Dia nampak. kalau orang beriman senang je, ingatkan sikit dah terus terasa being watched. serius!
dan wei diri sendiri, malulah sebab kau jadi hamba yang hampeh. *bunyi biola sedih/menakutkan sebagai latar belakang*


okay sekian lagi sekali. ni dah habis. malu dah nak taip lagi.


p/s : farha minta izin copy sebab post awak ni sangat jelas mesej yang ingin disampaikan. Thanks !

Comments

matadore said…
susah susah je copy paste. ana pernah tulis dekat blog ana :)

tapi its ok.
nice to be shared with others.
syahida _masri said…
ana suka ! hee. :)

Popular posts from this blog

Mini Showcase Fitri Haris

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Hari ni nak sambung post yang lepas. Pasal Mini Showcase Fitri. Actually aku tau last minit pasal showcase ini, ada ajak sorang kawan aku ini minta temankan sekali, last minit juga. Then, untuk dijadikan cerita, aku pun bertolaklah dari rumah pukul 11. Bajet 2 jam perjalanan. Sebab event tu start pukul 1.30 kat UKM. Sampai je kat Stesen UKM aku solat dulu. Then naik teksi terus straight ke UKM. Aku tak keseorangan sebab kebetulan kawan aku yang sama-sama belajar kat kolej KPAKK pun join gak. Terus nampak dia kat depan pintu nak daftar tu. Salam salam dan tanya khabar gaya macam dah lama kenal padahal masa belajar dulu tak pernah pulak borak ngan dia,Then aku terus  duduk sebelah dia dan kawan dia. Kawan yang kata nak teman aku tu, tetibe cancel last minit. Gerak hati aku dah agak dah dia tak jadi teman. Berhuhuhu je lah aku.





Sampai-sampai je terus daftar dan bayar rm8. Fitri kata dia tak ambil sesen pun duit rm8 tu, tapi dia salurkan duit tu…

Baju kurung dan kasut sukan .

Termenung jap. Tengah fikir nak post apa. Otak blurrr sebab banyak sangat benda benda kecik yang macam bebola ikan kat tengah berlegar-legar dalam fikiran aku. *apakah ?? I mean assignment, quizess, presentation semua tu dah berkurang. So, macam tulaa. Okay, abaikan . aku merepek je. ( hakikatnya = Assignment takkan berkurang )




Saje letak gambar ni. Rinduu mak ! :')





Pendahuluan aku sangat laaa sadis. Apesal nih ? Apesal aku macam kelu lidah nak berkata-kata. Aku kan Kamus Pustaka Dewan dan Bahasa. Mana hilang vocab melayu aku? Huarggghh!! Ni semua assigment political sciences punya pasal! 5 hari aku hadaapp komputer pastu tibai segala benda pasal politik dalam English . Dalam english plak tu! Kau tau english aku sangatlah menonggeng. Apa kau rasa bila kau ada banyak benda nak cakap , tapi tak terluah sebab kau tak tau istilah khas untuk perkataan itu dalam english.Aku rasa macam ni ..... Bleeerghhhhhh ! Penat ! Sekejap sekejap gi google translate. Pastuh plak si Pak Google…

Heliza Tiru Style Aku. Tak boleh blaaa.

Ok, korang kena tipu. HAHA. Aku yang berangan-angan nak tiru style dia adalah. Hehee.




Wow, sungguh ! Dia memang canteeek. tapi part mekap tebal aku tak berkenan.



Aku suka heliza sangat-sangat! Sebab dia macam aku. Ke aku macam dia ? HAHA. Ntah laa, tapi yang pasti aku suka semua pakaian dia. Up-to-date dan bergaya tapi pada masa yang sama still menutup aurat. Artis Paling Sopan Berpakaian jatuh kepada Heliza Helmi. Tahniah !



Rajengnya study


Lagi satu en, dia ni bukannya sopan sangat sesopan pakaian dia, perangai dia pun gila-gila tau. Sengal semacam je. Aku selalu follow blog dia dan page kat fesbuk. Memang senget sikit kepala dia tapi dia suka publish status yang islamik, selalu ajak kita solat , saling mengingatkan antara satu sama lain. Sukalah dia. hehee.




Family dia. Happy je.



Stylenya baju dia. ;D




Comey. Hee.




Sengal uh dia. Time ni dia kat universiti. Dalam kuliah.




Kan aku dah cakap dia sengal. HAHA !




Aku suka ini. Sebab dia berjubah. :)




Ada video dia nyanyi lagu Chord G ni. Best ! Try…