April 7, 2011

I miss my old me

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.






Bagi aku perempuan itu nampak cantik apabila dia bertudung labuh, berstokin serta armsock tanpa secalit mekap pun di wajahnya. Lebih-lebih lagi kalau perempuan itu berjalan sambil menunduk serta matanya tidak meliar. Sungguh manis dan sangat terjaga. Memang ramai perempuan macam itu dekat UIA ni.



Hati aku pula akan berbunga melihat perempuan-perempuan seperti ini. Aku akan tersenyum pada mereka dengan harapan mereka senyum kembali padaku. Manis kalau tengok perempuan betudung labuh senyum. Rasa nak buat kawan dengan perempuan macam ini. Tapi bila aku pandang diri aku balik, aku tak macam mereka. Aku kembali rendah diri. Aku segan .



Pakaian aku dah jauh berubah . Aku sudah tidak pakai tudung labuh seperti dulu. Malah berstokin hanya apabila ke kuliah sahaja. Armsock plak jarang-jarang pakai. Kadang-kadang tu terover menyerlah. Kenapa aku jadi macam ini ? Cepat sangat berubah ?



Aku masih aku yang dulu , cuma di luarannya aku berubah sikit. Sikit je laa. Tapi yang sikit tu lah menyebabkan hati aku terusik banyak. Seolah-olah aku sudah lupa identiti diri yang menjadi pegangan aku selama ini. Bukankah aku dah sematkan imej tersendiri dalam diri ? Bukan ke aku nak jadi perempuan yang baik luar dan dalam ?





Perempuan yang baik harusllah bermula dari dalam dan akan menyerlah di luarannya. Aku nak kembali bertudung labuh. Tak mau dah bertudung instant lagi. Ya, memanglah bertudung instant tu mudah, tak perlu gosok, hanya tinggal sarung saje. Tapi belum cukup labuh untuk menepati piawai yang digariskan islam. InsyaAllah , lepas ni aku akan cari dan geledah semula tudung-tudung labuh yang pernah menutup aurat aku sebelum ini.




Bila aku mula bertudung instant , ramai insan yang menegur . Emak , ayah malah ustaz sekalipun. Aku jadi tidak sedap hati dan terkilan. Terkilan kerana Allah masih sayangkan aku dengan menghadirkan mereka dalam hidup aku. Dan ya, aku tau apa aku akan buat selepas ini. Syukran ya Allah.


No comments: