April 5, 2011

Hurmmm.

Hari ini aku rasa jantung aku berdegup kencang . sangat-sangat menakutkan. Aku baru lepas ambil ubat something tengahari tadi. Lepas zohor aku ada kuiz Computer. So, aku ingat debaran tu normal as student nak pergi jawab exam kuiz. Tapi debaran tu still tak hilang-hilang sampailah maghrib.


Waktu kemuncaknya time aku solat asar. Macam-macam dah aku fikir. Nak mati dah ke ? Nau'zubilah, cepat-cepat aku istighfar. Even aku dah ingat tuhan, degupan jantung masih dalam kadar yang cepat. Nak menangis aku sebab aku tak boleh nak control.


Lepas tu, telefon mak dan ayah. Alhamdulillah mereka sanggup ambil aku dari uia even aku tahu mereka penat baru balik kerja. Tiada ibubapa yang lebih baik dari mereka berdua. Terima kasih mak dan ayah !


So, sekarang aku di rumah. Ayah akan buat appointment dengan Dr private aku. I hope the answer will show the positive sign. Aku nak sihat kembali. Tak nak sakit dah. Tak nak bergantung pada ubat lagi


Btw, aku tak faham laah kakak tu. cakap melalut dan cepat. Sakit kepala aku dengar. Adeehh, ada je yang tak kena. Baik aku lepak tempat lain. -,-

Ok, that's all.


Ouh, ye. Aku nak belajar dulu, cari kerja tetap, enjoy dalam masa 5 tahun terdekat ni tanpa tanggungjawab apa-apa pun. ok, cau !


Assalamualaikum Warahmatullahi wabarakatuh.

2 comments:

Usamah Abdul Latif said...

Sabar, insyaAllah ada ganjarannya.. Lagipun, Allah x uji kita lebih drpd apa yg kita mampu hadapi.. Maknanya, kau mampu hadapi benda nie.. Anggap je ujian nie sebagai penghapus dosa.. insyaAllah, selamat..

syahida _masri said...

Betul tu, usamah. Sakit penghapus dosa. Aku redha. Itu akan buatkan aku lebih ingat tuhan. btw, thanks.