Skip to main content

Aku manusia biasa

Aku manusia , sebagai manusia , pasti ada pemikiran dan persoalan tersendiri . Persoalan yang tiada jawapan .Persoalan yang lain dari manusia lain . Aku selalu berfikir dengan cara mempertikaikan perkara-perkara yang wujud disekeliling aku.




Contohnya dari segi IKHTILAT LELAKI DAN PEREMPUAN MENGIKUT CATUAN ISLAM:



Kenapa pelajar perempuan sekolah agama tu duduk sebelah lelaki ? kan ke islam kata kena jaga jarak ?

Kenapa dia tanya soalan pelajaran tu kat kawan berlainan jantina ? Kan ke ramai lagi kawan sama jantina ?

Kenapa dia bertudung labuh , tapi mesej dan kapel dengan lelaki bukan muhrim ? Bukan ke dah digariskan dalam al-quran no cinta before nikah.

Kenapa dia lelaki dah tau dia sebagai pemimpin , tapi masih mempermainkan perasaan perempuan? Bukan ke lelaki itu pelindung wanita ?

Kenapa perempuan itu suka sangat borakborak kosong dengan lelaki ? Walhal banyak lagi perempuan lain yang boleh diajak menyembang.





Contoh lain , dari segi PERSONALITI MANUSIA YANG BERBEZA-BEZA :


Kenapa perempuan tu sangat feminin sampai buat aku meluat . Kan kita kaum hawa haruss kena kuat !? Tak mauu gedik , tak mau manja .

Kenapa lelaki itu macho pelbagai daya tarikan . Sampai buat aku tertarik ? Astaghfirullah , jaga pandangan , syahida .

Kenapa dia sangat disenangi kawan-kawan ? Dia ada kuasa magic yang buat orang suka nak kawan dengan dia ek ?

Kenapa dia selalu dikelilingi ramai kawan ? dan orang disekelilingnya suka dan selalu ketwa melihat telatahnya . Best ke perwatakan dia ?

Kenapa dia sangat tenang dan tak banyak bercakap , tapi masih ada aura dan daya penarik ? Bagi aku itu unik . ^_^

Kenapa perempuan tu kasar sangat ? Tak sesuai dan tak ayu laa.

Kenapa lelaki itu lembut sangat ? Tak macho laa.

Kenapa sikap dia kat sekolah lain , kat rumah lain ? Tak ke pelik tu .




Haisssh , inilah antara persoalan yang selalu bermain-main di minda aku dari aku tingkatan satu . Semenjak masuk sekolah menengah . Aku banyak berfikir tapi hampir semuanya aku tak luah . Aku pendam sorang . Lepas tu mula laa aku buat andian sendiri.


Dengan andaian sendiri itu , mulalah aku menentukan taraf orang tu. Dia ni macam ni laa , dia ni macam tu laa , perangai tak elok , aku tanak kawan ngan dia. Yang ni plak sosial sangat , aku memang tak cakap langsung . Yang ni kapel memang aku buang jauhjauh. Ishh , teruk kan aku dulu . Aku selalu kelaskan manusia ikut pemikiran aku sendiri. Sebab tu dulu aku tak ramai kawan. Dua tiga orang je yang sudi jadi kawan aku. (Ditegaskan , semua yang aku cakap ni , adalah aku yang dulu *flashback jap)



Dulu, aku memang innnosence . Baik sangat dan membosankan. Senyap , tak reti bercakap apa lagi melawak. Dull. Orang pun tak suka dekat . Sebab orang tak faham aku , aku pula lebih suka memerhatikan orang dari menonjolkan sikap aku .


Dan disebabkan aku sekolah agama , aku mudah terpengaruh dengan suasana addin atau agama itu semdiri. That's why laa pemikiran aku banyak berlandaskan agama. Banyak benda yang aku bataskan untuk diri aku . Sebagai contoh , pergaulan aku dengan lelaki .


Cuba tanya kawankawan aku dulu masa form 1 sampai form 4 , ada aku pernah cakap dengan lelaki ? Non hadoooo. Tak ada sorang pun aku berani nak cakap. Aku pemaluu yang teramat sangat , kekok dan awkward gila even adik beradik aku semua lelaki.


Inilah kelebihannya sekolah agama. Bia'h agama banyak mentarbiah hati aku walaupun tiada sahabat yang betul2 mengajak aku ke arah islam. Hati aku mudah terpanggil dan terpujuk dengan sendirinya. Kerana ada suasana agama .Tak susah , sangat senang . Alhamdulillah.


Tapi , bila pemikiran aku macam tu , ia menjadikan aku semakin close-minded. Banyak benda yang aku katakan 'tak boleh' untuk diri sendiri . Tak boleh cakap dengan lelaki ? Bukan kah itu melampau ? Tak normal di mata orang . Kan lelaki dan perempuan saling lengkap-melengkapi. Itulah masalah aku yang sebenarnya .



So , macam mana ? Apa yang aku buat ? Nanti aku sambung di post yang seterusnya. Sekarang aku dah penat la plak . Ok, Salam.

Comments

Popular posts from this blog

Mini Showcase Fitri Haris

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Hari ni nak sambung post yang lepas. Pasal Mini Showcase Fitri. Actually aku tau last minit pasal showcase ini, ada ajak sorang kawan aku ini minta temankan sekali, last minit juga. Then, untuk dijadikan cerita, aku pun bertolaklah dari rumah pukul 11. Bajet 2 jam perjalanan. Sebab event tu start pukul 1.30 kat UKM. Sampai je kat Stesen UKM aku solat dulu. Then naik teksi terus straight ke UKM. Aku tak keseorangan sebab kebetulan kawan aku yang sama-sama belajar kat kolej KPAKK pun join gak. Terus nampak dia kat depan pintu nak daftar tu. Salam salam dan tanya khabar gaya macam dah lama kenal padahal masa belajar dulu tak pernah pulak borak ngan dia,Then aku terus  duduk sebelah dia dan kawan dia. Kawan yang kata nak teman aku tu, tetibe cancel last minit. Gerak hati aku dah agak dah dia tak jadi teman. Berhuhuhu je lah aku.





Sampai-sampai je terus daftar dan bayar rm8. Fitri kata dia tak ambil sesen pun duit rm8 tu, tapi dia salurkan duit tu…

Baju kurung dan kasut sukan .

Termenung jap. Tengah fikir nak post apa. Otak blurrr sebab banyak sangat benda benda kecik yang macam bebola ikan kat tengah berlegar-legar dalam fikiran aku. *apakah ?? I mean assignment, quizess, presentation semua tu dah berkurang. So, macam tulaa. Okay, abaikan . aku merepek je. ( hakikatnya = Assignment takkan berkurang )




Saje letak gambar ni. Rinduu mak ! :')





Pendahuluan aku sangat laaa sadis. Apesal nih ? Apesal aku macam kelu lidah nak berkata-kata. Aku kan Kamus Pustaka Dewan dan Bahasa. Mana hilang vocab melayu aku? Huarggghh!! Ni semua assigment political sciences punya pasal! 5 hari aku hadaapp komputer pastu tibai segala benda pasal politik dalam English . Dalam english plak tu! Kau tau english aku sangatlah menonggeng. Apa kau rasa bila kau ada banyak benda nak cakap , tapi tak terluah sebab kau tak tau istilah khas untuk perkataan itu dalam english.Aku rasa macam ni ..... Bleeerghhhhhh ! Penat ! Sekejap sekejap gi google translate. Pastuh plak si Pak Google…

Cara dan Tips Untuk Sembuh dari Depression dan Anxiety

Assalamualaikum semua. Alhamdulillah kali ini baru aku ada kesempatan untuk menulis. Memang sejak dua menjak ini aku selalu fikir macam mana aku nak share ngan korang tips untuk sembuh dari depress and anxiety. Setiap malam aku recall dan flashback balik ke tahun turning point aku dimana peralihan dari masa aku sakit sampai aku sembuh. Apa yang aku buat waktu itu? Apa yang aku amalkan? Okay so aku straight to the point je k. Aku akan share semua amalan yang aku buat so that korang yang sakit pun boleh sama-sama amalkan dan terus sihat . InsyaAllah dengan izin Allah.


Okay first all. Ada empat dimensi penyembuhan. 

1. Biologikal
Perjumpaan dengan pakar psikatri, ubat-ubatan dan sebagainya.

2. Psikologikal
Teknik untuk mengawal dan berhadapan dengan perasaan,pemikiran dan tindakan pesakit.

3. Sosial.
Sokongan dari keluarga dan kawan-kawan

4. Spiritual.
Dari segi agama,hubungan dengan Tuhan.


 Okay kenapa diceritakan tentang dimensi penyembuhan? Kerana setiap dimensi ini perlu. Setiap orang perlu am…