March 11, 2011

You will not recognised that your life is awesome until you appreaciate what have you got.


          Sudah lamaaaaaaaaa raya berlalu tapi aku baru nak update.HAHA.  Actually, aku bukan nak cerita pasal suasana raya tahun lepas. Aku cuma baru lepas tengok foto-foto lama dalam laptop. Lepas tu rasa macam ada sesuatu yang aku terlepas pandang. Agak-agak apa ekk ?



Tiga orang budak yang annoying tapi diorang lah yang selalu ceriakan hidup aku kat rumah.






Dari kiri Tea Pot, Juju , Iman ( yang kat atas ) , emak  dan ayah tersayang . 





Kedingnya aku. Nampak sangat aku sakit




Ahaaa! Keluarga yang besar. tapi aku rasaa macam ada kekurangan. 





          Aku macam tak rapat sangat dengan adik aku yang Esan, Acap dan Haziq, Maybe sebab jarak umur yang sangat dekatt menyebabkan aku rasa cam susah nak rapat. Pelik enn ? Tak tau laaa, lepas ni kena cuba lebih banyak interaksi dengan depaa ni. Dah makin besar , makin tak rapat. Adehhh! Mana boleh gitu, syida. 






          Diorang kan adik kau. Esan tu banyak kelebihan. Walaupun dia agak senyap tapi dia pandai, kalau bab-bab komputer, alat-alat elektrik ke, baiki laptop rosak ke semuaa dia boleh settle. USB, memory card, multimedia apa kejadahnya semua dia faham. Cakap je la, petik jari je kalau bagi kat budak tu. Terbaiiikk la adik aku sorang ni. I can count on you la, dik. 


Esan masa kat tanah suci.



          Acap plak nampak lagi friendly dan berkaliber. Dia memang mudah dapat kawan dan selalu je pegang jawatan sana sini. Aktif bebenor sampai tak lekat kat rumah. Ada latihan nasyid la, latihan badminton la, olahraga laa. Ada-ada je kauu en, cap. Ramai peminat tapi sukaa sangat buat-buat macam cool. HAHA. Semoga jadi yang terbaik antara yang terbaik, dik. 






          Aziq ? Susah sikit nak describe dia ni. Macam esan, senyap je tapi ada sesuatu yang speacial ngan dia. Sebab dia antara yang sangat baik dalam adik beradik aku even asek gaduh ngan Tea Pot hampir setiap hari. Dia banyak warisi sifat aku antaranya murah hati, baik hati, penyayang, suka tolong orang. BHAHA!. Nak angkat bakul je aku ni. taleblaaa.


Acap dan Aziq ketiduran





          Aku harap satu hari nanti aku dengan adik-adik aku kamceng macam buku dengan ruas. Tak boleh dipisahkan. Rapat-serapat rapatnya.  Tak nak gaduh-gaduh dah.  Share segala masalah, kongsi suka duka bersama.  Even perkara yang remeh temeh pon.






          Dulu aku selalu rasa sedih sebab tak ada adik perempuan atau kakak. Tak dapat nak story2 sama-sama, tengok drama sama-sama, shopping sama-sama. Rasa macam keseorangan, tau tak ? Semua aku buat sorang-sorang. Sadiss gila hidup. Tapi baru sekarang aku faham sebab apa aku ditakdirkan seorang perempuan dalam keluarga. Sebab Allah nak aku lebih rapat dengan emak. Ya, emak!. Aku ada emak.






          Kalau kau ada adik perempuan maybe , kau akan berkongsi kasih dengan mereka. Kau rasa cemburu kalau adik perempua kau dapat lebih. Lagi pun orang kata adik perempuan lebih mengada-ngada dari adik lelaki. Ye ke ? So, bersyukur lah syida. Allah dah aturkan yang terbaik untuk kau.Hargai lah adik-adik kau. 






          p/s ; esan, cap, ziq ! jommmm tengok Hikayat Merong Mahawangsa sok! Akak belanjaaaaaa. ^_^



No comments: