March 25, 2011

AA

Kelas b. arab sangat seronok ! Thanks Allah sebab bagi aku dua orang ustaz yang mampu membuatkan aku semangat nak belajar arab. lagi-lagi mereka berdua ni penceramah bebas. so, untunglah sebab mereka mesti selitkan tazkirah dalam pembelajaran. 2 dalam 1. alhamdulillah. Dan Ustaz Wan Shohor sangat sporting, lawak dan best ! Suka usik aku. taleblaa ouhh ustaz ? HAHA !


Kelas Computer 1 sangat menarik sebab pensyarahnya sangat berkaliber dan memahami. Syukur sangat-sangat. Madam Hafisah nampak terarah sikit gaya mengajarnya berbanding madam yang sebelum ni. Ini semua aturan Allah. Dia yang permudahkan segala-galanya.

Classmates pun baik-baik dan sekepala. tapi cuma seorang je yang satu asrama ( Mahallah Zainab ) dengan aku. aishh, yang lain semua duduk Mahallah Khadijah.

Dan aku aim 4 flat untuk sem ni. Tiada yang mustahil dengan izin Allah. Jika kita bantu agama Allah, insyaAllah Allah akan bantu kita. kan ?

Aku dapat bilik 114 B. sebelum ni 119 C. masih di tingkat satu. nasib baik bukan tingkat 4. tak larat aku nak mendaki gunung. hhuhu.

Sepanjang seminggu aku kat cfs iium , aku sempat marathon movie My Name Is Khan, 3 Idiots , Another Cinderella Story dan Hantu Kak Limah Balik Rumah. Cerita MNIK dan 3 Idiots membuatkan aku menangis. Setiap babak ada mesej yang bermakna. Memang tak rugi sepanjang zaman kalau tengok cerita itu.

p/s ; Ashuka Aidhan. ^_^

5 comments:

Bijen M. said...

Manjadda wajadda.
4 flat insyaAllah!

syahida _masri said...

insyaAllah, ameen~ :)

Usamah Abdul Latif said...

Madam Hafisah tu lecturer aku Comp II sem lepas.. Memang best giler.. Yeah!!

Usamah Abdul Latif said...

Madam Hafisah tu lecturer aku Comp II sem lepas.. Memang best giler.. Yeah!!

syahida _masri said...

Yeke ? yeaay! ni yg buat aku semangat nak study Comp. hee. :)