June 27, 2010

Sahabat

Sahabat

 

 







SAHABAT tidak semestinya kena dekat
berada di sisi sepanjang masa
berkepit ke sana ni ke mana-mana

SAHABAT, tidak semestinya perlu bertanya khabar
setiap hari, setiap minggu
kadang masing-masing berdiam,
diam bukan bererti tidak mengambil berat
bukan tanda tidak lagi kasih
tapi masing-masing sedang berjuang dalam hidup masing-masing
dalam hati, tidak putus-putus menghidupkan kekuatan
untuk diri temannya dan dirinya sendiri

SAHABAT tidak semestinya
perlu berada di samping kawannya setiap ketika
menempuh halangan dan dugaan bersama
kadang-kadang tawamu dikongsi,
kadang-kadang tangisanmu ditanggung sendiri

SAHABAT juga
boleh memerhatikan kawannya dari jauh
menasihati dari jauh
dan mendoakan dari jauh juga

SAHABAT itu sentiasa ada
andai kamu menyeru nama dia dalam hati
dia akan segera menemanimu,
biarpun bukan dari segi fizikal
tetapi ingatan untukmu sentiasa ada

kamu, SAHABAT aku
untuk semalam, hari ini dan selamanya

wahai SAHABAT,
terima kasih atas segalanya
kasih dan sayangmu aku akan hargai,
sampai kita bertemu lagi,
mungkin di syurga
kerana kita berkasih sayang, kerana Dia

"Pada hari itu sahabat-sahabat karib setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan taqwa (iman dan amal soleh).."

(Az-Zukhruf Ayat 67)



4 comments:

Norashikin Abdullah said...

walaupun kite x pernah bersua..tp ekin syg syida..ukhwah fillah

~::sya_mujahidah::~ said...

syida pun syg kat ekin sgt2... kite kwn smpai bila2 n hopefully dpt jumpa ekin nt.. ^_^

cik mimie said...

ukhuwah itu indah jika disulami dengan keberkatan dari Allah swt..

~::sya_mujahidah::~ said...

betul2x..segala2nya harus kerana Allah