March 8, 2010

Azam Ku..^0^

Dengan name Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

      Lame tak update blog...tapi,rasa macam tak kisah kalau blog tak update sebab bukan ade sesapa pon nak baca betul tak?? BETUL BETUL!. (tapikan even aku x update blog pon pelawat sentiasa bertambah2 n mencurah.Pelik2 x)ok, terus kepada point penting yang aku nak ketengahkan .Actually, Dulu rasa macam putus asa tapi, sekarang aku rasa nak sambung kan balik asa yang dah putus tuh..(ngek punya statement).  

        aku kena semangat!! Kutip balik kekuatan yang dah terburai tuh, bina kembali  kebahagiaan hakiki dalam sanubari ni and berikan harapan positif kembali pada dri sendiri sebab kita hidup bukan sekejap,kita hidup juga bermasyarakat,so kesimpulannya jalan cerita dan destinasi kejayaan dalam kehidupan seseorang bergantung pada kekuatan individu tu sendiri.Sejauh mane kite sanggup berhadapan dengan risiko dan cabaran.

        Aku rasa mesej yang aku nak sampaikan tak sampai2 lagi..mesti korang x paham ape aku cakap ni..adoyai....actually,aku tengah pk ayat ape yang sesuai untuk aku muntahkan kat blog ni supaya korang senang faham and dapat input2 berguna daripada ape yang aku nak kongsikan kat sini.ok,senang citer aku guna gaya bahasa aku sendiri lah. susah betul nak bermadah2 n skema kan ayat aku mengikut kriteris-kriteria penulisan yang tepat coz lame sangat dah tak menulis.huhu~..aku ni memang camni, kalau kemahiran aku tak dipupuk dan diasah selalu memang cepat sangat dia tumpul balik.. Nak pinjam sharpener korang buleh??..hehe..;D

        Secara ringkasnya, aku nak ulas pasal diri aku sendiri. Dulu aku selalu keliru dengan personaliti diri aku. Almaklumlah, aku senang sangat terpengaruh dengan keadaan sekeliling. So, disebabkan itu,aku cube ignore mereka2 yang agak brutal + selekeh + gila2 coz aku tak nak jadi macam diorang. Aku nak jadi budak baik. ( kononnya lahhh). aku fikir kalau aku tetap dengan pendirian aku, aku mesti takkan terpengaruh lagi. 

         So, lame2 aku just share kehidupan aku dgn member yang aku pilih, kalau dapat ilmu baru dalam Maths katakan aku kongsi dengan kawan sebelah aku dalam kelas. Klau aku peroleh tazkirah subuh,aku just cerita dengan sahabat surau aku. kalau aku happy,aku luahkan pada sorang kawan baik jer...tak ke dungu dan membosankan kehidupan cam tuh?. Pergaulan aku tersekat hanya pada seorang.dan aku tak pernah cuba pelbagaikan  kegembiraan aku pada orang lain. Padahal semua manusia yang ade kat sekeliling aku semuanya saling memerlukan.betul tak? Sharing is Caring,kan? kan?

        Mungkin aku lambat mempelajarinya disebabkan keadaan prsekitaran sejak lahir. Tapi,aku bersyukur coz Allah sentiasa bagi aku peluang untuk belajar sedikit demi sedikit. Pertemuan bersama member2 aku baru2 ni mengajar aku erti kehidupan yang sebenar.  Bila orang lain happy, kita pon happy..Tapi kalau orang lain sedih kita jangan plak tumpang sekaki sedih sekali .But kita kena berusaha cari jalan untuk happykan dia balik. Buat dia tersenyum kembali.  Kalau boleh aku tak nak jadi macam ' kawan gelak tawa senang dicari, tetapi kawan berkongsi suka duka sukar sekali ''... 

         Aku mudah tertawa dan ceria. Tapi aku jugak selalu menangis dalam ketawa. Dat's why lah tak ramai yang tau isi hati aku yang sebenar. dgn tu aku lebih rapat n senang untuk mengadu pada yang Esa. Sungguh hatiku syahdu kerana biarpun aku tak punya kawan yang benar2 boleh berkongsi duka, aku tetap punya Tuhan yang maha Penyayang. Syukur,alhamdulillah...^_^

        Erm, mungkin aku kena perbaiki diri aku dulu. Be Ourself, Dont judge a book by its cover, Think positif, Start to be the no first n Be Optimis!!.. biarpun aku dah dengar quote2 mcam ni selalu tapi aku still susah nak buat apalagi amalkan..so, doakan aku supaya aku dapat apa yang aku nak untuk kebaikan diri n manusia di sekeliling aku jugak. Aku tak nak patah balik dah.. Aku nak teruskan hidup dengan cara aku sendiri. Dan azam aku supaya mereka selesa dengan aku so thats impian besar aku senang tercapai iaitu ' Misi merebut redha Ilahi disamping ukhuwah yang terpatri'

ok lah, aku judge ade gak yang x paham pe aku cakap panjang2 tadi..biar lah korang... aku ni perahsia sikit n pemalu..(pemalu ngek ko, syahida!!) like shy shy lion...hahaha!!.. ok lah...biarpun ayat2 aku dlm entry kali ni cam tak best dan melalut sikit.tapi aku dah try da best untuk luahkannya and aku lega..fuhhh!

2 comments:

Norashikin Abdullah said...

ekin ske, syida dh kembli brsmgat
yeah..
bi taufik wa najah khamis nnt :)

assyuhada said...

heh...aq tetibe rase lapang dade...
penat kucari ke mana ceriamu...
hoho...all da bez...aq pown jd semangat nh...
doakan aq ea....khames nh...
moge kite same2 berjaye demi maruah bangsa dan agame...