Skip to main content

Muslimah Solehah


Muslimah sejati.. tulang belakang kekuatan seorang mujahid Islam.Muslimah sejati. guru terbaik membentuk seorang ulama' islam.Muslimah sejati.. insan hebat melahirkan seorang syahidul islam.Menjadi seorang Muslimah sejati impian setiap wanita.Tetapi, siapakah muslimah sejati itu?

Nasihat Untuk Muslimah


Muslimah itu beriman kepada Allah sebagai tuhannya, Muhammad sebagai rasulnya dan Islam sebagai agamanya.
Maka akan terzahir keimanannya itu pada perkataannya, perbuatannya dan pegangannya.
Dan wanita muslimah itu juga takut pada kemurkaan dan azab Allah juga takut untuk mengingkari perintah-Nya.


Muslimah itu menjaga sembahyang lima waktu dengan me njaga kesempurnaan wuduknya dan khusyuknya pada waktunya(di awal waktu).
Maka akan terlihatlah pada dirinya kesan-kesan dari solatnya itu.
Kerana sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar juga menjaga diri dari perbuatan maksiat.


Muslimah itu menjaga dirinya dengan berhijab, dan tidaklah ia keluar (dari rumah)melainkan dengan berhijab dan menutup aurat sebagaimana yang dituntut oleh syara'. Firman Allah: Hai Nabi katakanlah kepada isteri-isterimu,anak-anak perempuanmu dan ister-isteri orang mukmin, "Hendaklah mereka menghulurkan(melabuhkan) jilbabnya ke seluruh tubuh mereka.."[Al-Ahzab:59]


Muslimah itu menjaga ketaatan kepada suaminya , menyayangi juga menasihatinya kepada kebaikkan dan menjadikannya sentiasa berasa tenang dan selesa malah tidak sesekali meninggikan suara ke atasnya apatah lagi membantah kata-katanya. Sabda Nabi Sallallahu a'laihi wassalam: Jika telah solat lima waktu seorang wanita itu, berpuasa di bulan Ramadhan dan taat kepada suaminya, maka dia akan dimasukkan ke syurga.


Muslimah itu mendidik anak-anaknya untuk mentaati suruhan Allah dan mendidik mereka dengan pegangan yang betul(Islam) juga menanamkan didalam hati-hati mereka rasa cinta kepada Allah dan sayang kepada Rasul serta menjauhkan mereka dari kemaksiatan dan keruntuhan akhlak.


Wanita muslimah itu tidak bersendirian atau berdua-duan dengan bukan muhrimnya. Seperti sabda baginda: Tidaklah bersendiriannya seorang wanita dengan seorang lelaki melainkan syaitan akan menjadi orang yang ketiga.
Wanita muslimah itu juga tidak bermusafir tanpa mahramnya, tidak berkumpul di tempat awam dan pasar-pasar tanpa sebab dan dia sentiasa terpelihara dan terlindung maruah dirinya.


Muslimah itu tidak menyerupai lelaki pada sifat-sifat yang dikhaskan untuk lelaki. Dan sesungguhnya telah bersabda baginda: Allah melaknat lelaki yang menyerupai wnaita dan wanita-wanita yang menyerupai lelaki. Juga tidak menyerupai wnaita-wanita kafir. Seperti sabda baginda, "Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia adalah dari kalangan mereka".


Muslimah itu menyeru dan mengajak para wanita islam yang lain untuk beriman kepada suruhan Allah dengan seruan dan kalam yang baik , juga melazimkan dirinya menziarah jiran-jiran dan saudara-saudaranya dengan sentiasa bertanya khabar. Dan dia juga beramal dengan apa yang dikatakan dan bersungguh-sungguh dalam usaha untuk melepaskan dirinya dan diri saudara-saudaranya daripada azab dan kemurkaan Allah.


Muslimah itu menjaga hatinya daripada perkara yang syak (meragukan) dan perkara-perkara syahwat juga menjaga mata dan telinganya daripada perkara yang haram.

Muslimah itu sentiasa menjaga waktunya daripada terbuang dan di sisi dengan pekerjaan yang sia-sia. Firman Allah Taa'la: Dan tinggalkanlah orang-orang yang menjadikan agama mereka sebagai mainan dan senda gurau, dan mereka telah ditipu oleh kehidupan dunia.[Al-Ana'm:70].Firman Allah Taa'la lagi: Alangkah besarnya penyesalan kami terhadap kelalaian kami tentang kiamat itu".[Al-Ana'm:31]


ya Allah, bilalah ana nk jadi muslimah cam tu?
ana akan cuba always perbaiki dri dari hari ke hari...
ana still byk klemahan dri...
Kau berilah ana kekuatan, Ya Allah...
Kau tabahkan hati ini
Kau kukuhkan kekuatan diri n kekuatan iman ana...
Lapangkan dada ana dari segala kemaksiatan n perkara yg lalai n leka...
ana cuma manusia biase n hamba Mu yg hina..
yg x terlepas dr salah n silap
ampunkan segala dosa hamba Mu ini...
ampunkanlah...
bersihkan hati ana sebersih2nya agar ana mampu untuk
menjadi muslimah solehah...
insyaAllah...

Comments

+akufobia+ said…
huhu.berusaha.jom.kan quran sama.hehe.
insyaAllah... tekadkan hati, doublekan kekuatan iman
ye mga kita menjadi seperti tu sya
amin
insyaAllah,ekin...Amin!
berkenaan dengan blog ana di http://azinuddin18.blogspot.com/2009/09/muslimah-sejati.html

ana ingin memohon maaf kerana terlupa meletak dari mana ana ambil. Biasanya memang ana akan letak tapi mungkin kerana nak cepat ana terlupa. maaf ya..
ouh,its ok...small probz..relaks2

Popular posts from this blog

Baju kurung dan kasut sukan .

Termenung jap. Tengah fikir nak post apa. Otak blurrr sebab banyak sangat benda benda kecik yang macam bebola ikan kat tengah berlegar-legar dalam fikiran aku. *apakah ?? I mean assignment, quizess, presentation semua tu dah berkurang. So, macam tulaa. Okay, abaikan . aku merepek je. ( hakikatnya = Assignment takkan berkurang )




Saje letak gambar ni. Rinduu mak ! :')





Pendahuluan aku sangat laaa sadis. Apesal nih ? Apesal aku macam kelu lidah nak berkata-kata. Aku kan Kamus Pustaka Dewan dan Bahasa. Mana hilang vocab melayu aku? Huarggghh!! Ni semua assigment political sciences punya pasal! 5 hari aku hadaapp komputer pastu tibai segala benda pasal politik dalam English . Dalam english plak tu! Kau tau english aku sangatlah menonggeng. Apa kau rasa bila kau ada banyak benda nak cakap , tapi tak terluah sebab kau tak tau istilah khas untuk perkataan itu dalam english.Aku rasa macam ni ..... Bleeerghhhhhh ! Penat ! Sekejap sekejap gi google translate. Pastuh plak si Pak Google…

Mini Showcase Fitri Haris

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Hari ni nak sambung post yang lepas. Pasal Mini Showcase Fitri. Actually aku tau last minit pasal showcase ini, ada ajak sorang kawan aku ini minta temankan sekali, last minit juga. Then, untuk dijadikan cerita, aku pun bertolaklah dari rumah pukul 11. Bajet 2 jam perjalanan. Sebab event tu start pukul 1.30 kat UKM. Sampai je kat Stesen UKM aku solat dulu. Then naik teksi terus straight ke UKM. Aku tak keseorangan sebab kebetulan kawan aku yang sama-sama belajar kat kolej KPAKK pun join gak. Terus nampak dia kat depan pintu nak daftar tu. Salam salam dan tanya khabar gaya macam dah lama kenal padahal masa belajar dulu tak pernah pulak borak ngan dia,Then aku terus  duduk sebelah dia dan kawan dia. Kawan yang kata nak teman aku tu, tetibe cancel last minit. Gerak hati aku dah agak dah dia tak jadi teman. Berhuhuhu je lah aku.





Sampai-sampai je terus daftar dan bayar rm8. Fitri kata dia tak ambil sesen pun duit rm8 tu, tapi dia salurkan duit tu…

Heliza Tiru Style Aku. Tak boleh blaaa.

Ok, korang kena tipu. HAHA. Aku yang berangan-angan nak tiru style dia adalah. Hehee.




Wow, sungguh ! Dia memang canteeek. tapi part mekap tebal aku tak berkenan.



Aku suka heliza sangat-sangat! Sebab dia macam aku. Ke aku macam dia ? HAHA. Ntah laa, tapi yang pasti aku suka semua pakaian dia. Up-to-date dan bergaya tapi pada masa yang sama still menutup aurat. Artis Paling Sopan Berpakaian jatuh kepada Heliza Helmi. Tahniah !



Rajengnya study


Lagi satu en, dia ni bukannya sopan sangat sesopan pakaian dia, perangai dia pun gila-gila tau. Sengal semacam je. Aku selalu follow blog dia dan page kat fesbuk. Memang senget sikit kepala dia tapi dia suka publish status yang islamik, selalu ajak kita solat , saling mengingatkan antara satu sama lain. Sukalah dia. hehee.




Family dia. Happy je.



Stylenya baju dia. ;D




Comey. Hee.




Sengal uh dia. Time ni dia kat universiti. Dalam kuliah.




Kan aku dah cakap dia sengal. HAHA !




Aku suka ini. Sebab dia berjubah. :)




Ada video dia nyanyi lagu Chord G ni. Best ! Try…