Skip to main content

Posts

Baitul Quro Rabii'

Assalamualaikum w.b.t.


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih.


Hai semua, apa khabar iman? apa khabar diri? Semoga semuanya sihat-sihat dan dalam keadaan baik belaka. Aku pun alhamdulillah sudah tentu baik-baik juga. Walaupun aku ada masalah sakit belakang atau dikenali dengan nama saintifik dia scoliosis dan sakit kena makan ubat untuk sembuhkan bipolar aku, aku still kuat semangat nak menuntut ilmu kat Baitul Quro ni.

Secara jujurnya aku nak cerita aku seronok sangat dapat join kelas ilmu agama disini di Sungai Udang, Melaka.  Meh aku cerita apa yang terjadi pada diri aku bila aku masuk sini. Sebelum aku masuk sini aku nak share ngan korang satu doa ini.

''Ya Allah, ketemukanlah aku dengan hamba2Mu yang juga mencari redhaMu, Satukanlah hati-hati kami dalam perjuangan mencari syurgaMu, dan ketemukanlah kami kelak di syurga nanti.. "

Doa ini buat kan aku menitis air mata sebab sangat tepat dengan keadaan yang aku hadapi sekarang. (i mean masa itu) Aku rasa…
Recent posts

Surah Ad-dhuha

Assalamualaikum wbt.
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.


Harini aku nak share pasal surah Ad-duha. Okay cuba baca maknanya . Ayat yang ke7 tu aku nak highlight. Wa wa ja da ka dhoo-lan fa hada. Maksud dia . " He found you lost and he guide you"
Sejak kebelakangan ni aku selalu  rasa aku macam lost, bodoh dan lembap. Lembap dalam menerima ilmu agama. Contoh bila aku wassap dengan kawan-kawan diorang akan ingatkan aku tentang Allah. Allah. Sebab aku dah mula mencari Allah setelah jauh tersimpang dari apa matlamat kita hidup . Matlamat kita hidup adalah untuk mencari redha Allah.



Macam tu la maksud ayat Ad-Dhuha yang ke 7 tu. Dia jumpa kita hilang, dan dia kembalikan kita ke dasar jalan iaitu mencapai mardhatillah.. Aku suka tengok orang yang sentiasa basah bibir dengan kalimah insyaAllah, alhamdulillah, Subhanallah dalam percakapan seharian dia.Means hati dia bersih dan penuh dgn kalimah Allah. Aku harap aku boleh jadi seperti itu. Sekarang aku masih belaj…

Vlog

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Assalamualaiukum.

Aku nak bagitau ni, hari tu aku ade buat vlog sebab dah janji dengan kawan baru aku Sha nak buat video. Sebab dengan alasan aku cakap kat dia aku jarang sgt bercakap kat rumah.Dan selalu rasa sunyi bila aku kat rumah. Adik2 semua laki dan mak aku pun fikiran dia macam lelaki. Rasional thinking. Ayah aku je lah yang okay sebab dia good listener, sof-spoken dan baik. Tapi dia still lelaki.


Sedangkan aku perlukan someone untuk aku menyembang dari segi heart-to-heart sesion talk, pegang tangan, belai dan peluk. Tapi semua tu takde. Mungkin Allah nak ajar aku erti syukur dan redha bila aku dalam situasi ini. Situasi dimana family aku tak mampu bagi apa yg aku nak. Sedangkan semua tu senang je aku dapat kalau family aku more expresskan love masing2.
Sebab aku byk kasih sayang yang aku nak tunkjuk tapi aku kena jaga batas pergaulan dengan adik2 lelaki aku yang dah besar.


Bersambung balik pada video td. Sha pm aku kat …

Astaghfirullah

Ya Allah, ampunilah dosaku. Ampuni dosa sangka buruk ku terhadap ibuku. Ampuni dosa sombong ku, ampuni dosa mengaggap diri ini perfect ya Allah.

Ya Allah ampuni segala dosa menujuk-nujuk ku, ampuni dosa kebergantungan ku pada orang ramai. ampuni dosa akal fikiranku yang negatif.

Ya Allah bersihkanlah hatiku, terangilah pintu hati, gantikan hati yang baru. Berikan hati yang baru buat ku.

Ampunkan aku, ampunkan aku, ampunkan aku. :'(

Bahagia

Semalam aku solat isya' berjemaah kat masjid. Dan habis tu solat aku borak dengan sorang makcik kat  masjid ni. Ni kejap je borak dengan dia tapi aku rasa, masyaAllah bahagianya hati, senangnya hati, rasa ringan je borak ngan dia.

. Rasa macam emotinally connected dan rasa di ambil berat la senang cerita borak ngan dia.

Terima kasih Allah. Kau hadirkan rasa senang tu. Mudah-mudahan ayah bawa aku gi masjid lagi. Hee. aku suka bila dapat borak ngan makcik2 dan kakak2 yang luhur hati nya. Baik hatinya. Lembut sifatnya. Pertemukanlah aku dgn insan2 seperti ni wahai Allah.

Kabulkan doaku ya Allah.
Kabulkan doaku ya Allah.

Istikharah Kedua

Lepas istikharah pertama , selang 2 hari kemudian aku solat istikharah yang kedua pula. kalini aku sebut nama dia. Dan sejurus lepas aku solat, ade perasaan tenang menyelubungi hati.

Perasaan tenang.

Tenang yang luar biasa.


Istikharah pertama

Bismillahirrahmanirrahim.

Ya Allah, ini malam pertama aku lakukan istikharah yang aku betul-betul perlukan petunjuk dari Mu.
Jika benar dia yang terbaik buat ku, kau hadirkan lah rasa tenang dan damai dalam hati dan jiwa ku. Jika benar dia insan yang mampu membahagiakan diri ku di masa hadapan, kau buka kanlah hatinya untuk terima diriku, jika benar dia seorang suami yang mampu membimbing ku, kau permudahkan lah jalan suci ini, dan jika benar dia seorang ayah yang terbaik buat bakal anak-anak ku, kau kuatkan lah rasa ini. Rasa yang suci lahir dari hati ini.

Aku mohon petunjuk dari Mu Ya Allah. Tuhan yang mengatur sekalian alam. Kau didiklah diriku supaya sentiasa mengawal hati ini agar ia terus bersih dan suci sebab niat ku murni. Dengan rasa ini aku mahukan sebuah ikatan yang sah. Sebab rasa ini Kau yang hadirkan.

Rasa cinta.